Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat Khidmat Keluarga Viriya tawar pelbagai program & khidmat sosial

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Nov 2022 04:40PM Dikemas Kini : 08 Nov 2022 08:59PM
SINGAPURA: Para warga senja di Pusat Khidmat Keluarga Viriya dikunjungi tetamu istimewa pada Selasa (8 Nov).

Presiden Halimah Yacob singgah ke pusat khidmat tersebut sebagai sebahagian sesi mendekati masyarakat.

Hampir 10 tahun pusat tersebut berkhidmat kepada para penduduk di kawasan Potong Pasir dan Joo Seng.

Ia menawarkan pelbagai program dan khidmat sosial seperti merujukkan para penduduk kepada bantuan yang diperlukan serta menyediakan khidmat kaunseling.

Lima tahun lalu, pusat tersebut telah melancarkan sudut Viriya - bagi memenuhi keperluan warga senja yang semakin meningkat di kejiranan itu.

Usaha tersebut membantu mereka kekal aktif, selain menggalak semangat bermasyarakat yang kukuh, menerusi kegiatan silang generasi.
Sumber : CNA/IQ/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan