Pusat keselamatan siber maritim baru dirasmikan
Sebuah pusat operasi baru untuk mencegah ancaman keselamatan siber dibuka rasmi di Hab ST Engineering pada Khamis (16 Mei).
SINGAPURA: Sebuah pusat operasi baru untuk mencegah ancaman keselamatan siber dibuka rasmi di Hab ST Engineering pada Khamis (16 Mei).
Pusat tersebut beroperasi sepanjang masa dan dikendalikan syarikat ST Engineering.
Ia merupakan kemudahan pertama Penguasa Maritim dan Pelabuhan (MPA) yang memberi tumpuan kepada keselamatan siber.
Pusat berkenaan memantau dan mengumpulkan data merentas kesemua prasarana maklumat kritikal maritim.
Ia dilengkapi sofwe yang boleh membantu mengesan, memantau, menganalisis dan memberikan respon kepada sebarang potensi serangan siber.
Menurut pihak berkuasa, pusat tersebut perlu bagi mengekang gangguan kepada operasi pelabuhan di Singapura dan melindungi kakitangan dalam sektor tersebut.
Selain pusat operasi yang baru dilancar, beberapa daya usaha baru akan diperkenalkan untuk memperkukuh keselamatan siber maritim.
Antaranya, MPA akan memulakan latihan keselamatan siber baru bagi mereka di dalam sektor tersebut bermula tahun hadapan, selain bekerjasama dengan institusi-institusi penyelidikan dalam bidang itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.