Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat keselamatan serantau bakal kaji cara terbaik menggajikan dan latih juruterbang

Anggaran Waktu Membaca:
 Pusat keselamatan serantau bakal kaji cara terbaik menggajikan dan latih juruterbang

Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA). (Gambar: AFP/ROSLAN RAHMAN)

SINGAPURA: Industri penerbangan serantau bakal memenuhi permintaan meningkat bagi kakitangan pesawat yang cekap di tengah-tengah pertumbuhan perjalanan udara.

Ini menyusuli penubuhan pusat keselamatan serantau baru di Singapura yang bakal mengkaji cara terbaik menggajikan dan melatih para juruterbang.

Pusat itu juga akan memberikan perhatian kepada isu-isu berkaitan keselamatan penerbangan di Asia-Pasifik.

Dengan perjalanan udara bakal bertambah, keselamatan penerbangan menjadi keutamaan.

Lantaran itu, sebuah pusat keselamatan penerbangan dilancarkan untuk mengenal pasti risiko mengikut rantau dan membangunkan huraian bagi industri berkenaan.

Walaupun perincian tentang lokasi pusat itu tidak diberikan, Menteri Pengangkutan S Iswaran memberi amaran usaha pemulihan pandemik tidak bermakna jika keyakinan awam terhadap keselamatan penerbangan terjejas.

"Di bahagian lain dunia yang dibuka semula sebelum Asia-Pasifik, kami melihat beberapa petanda tekanan sedang lapangan terbang dan syarikat penerbangan berusaha sebaik mungkin untuk meningkatkan kapasiti prasarana dan operasi segera bagi memenuhi permintaan meningkat bagi perjalanan udara," kata Encik Iswaran.

Malah, Penguasa Penerbangan Sivil Singapura (CAAS) menyatakan trafik udara di Singapura meningkat daripada 12 peratus paras pra-pandemik pada Januari tahun lalu kepada 80 peratus sekarang ini.

CAAS menambah usaha keselamatan akan dipertingkatkan sedang operasi terus dipergiat.
Sumber : CNA/RU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan