Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat kerjaya baru bagi sokong lebih baik golongan kurang upaya akan diuji cuba mulai 2023

 Pusat kerjaya baru bagi menyokong golongan kurang upaya dengan lebih baik akan diuji cuba mulai 2023.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Apr 2021 08:26PM Dikemas Kini : 14 Apr 2021 08:45PM

SINGAPURA: Pusat kerjaya baru bagi menyokong golongan kurang upaya dengan lebih baik akan diuji cuba mulai 2023.

Selain menawarkan latihan pekerjaan, pusat itu juga akan beroperasi sebagai hab pekerjaan dan latihan bagi majikan inklusif.

Ia adalah antara insiatif yang diperkenalkan hasil 21 saranan daripada perbincangan dengan pemerintah sejak dua tahun lalu.

Pusat itu menawarkan latihan dan sokongan pekerjaan bagi golongan kurang upaya.

Apabila Elliot Goh, 21 tahun, datang ke pusat itu Julai lalu, beliau berdepan dengan cabaran menumpukan perhatian kepada tugasan yang diberi.

Namun selepas latihan selama lapan bulan, Elliot kini bekerja di Lembaga Perpustakaan Negara (NLB).

Sejak pusat berkenaan dimulakan pada 2012, 300 orang sudah menamatkan latihan dan mendapatkan pekerjaan.

Pihak majikan juga meraih manfaat daripadanya.

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli mengulas mengenai manfaat pusta itu.

"Secara konsep adalah sama iaitu mewujudkan peluang-peluang bagi firma-firma mewujudkan program-program latihan, penyesuaian dan juga sokongan bagi majikan-majikan supaya mereka dapat menerima dan dapat menyesuaikan tempat kerja mereka untuk mereka yang kurang berkeupayaan.

"Ini akan membantu mereka supaya bukan saja mendapat insentif dari segi penggajian untuk mengambil mereka sebagai pekerja tetapi juga memberikan satu pembinaan suasana yang menyokong bagi mereka bekerja bersama dengan pekerja-pekerja lain," menurut Encik Masagos.

Mulai 2023, pusat sebegitu akan ditubuhkan di kawasan-kawasan perumahan bagi memenuhi keperluan pelbagai golongan kurang upaya.

Dua kumpulan kerjasama masyarakat juga akan ditubuhkan bagi mengenal pasti jurang akses di kawasan CBD dan estet HDB.

Inisiatif-inisiatif terbaru itu adalah berdasarkan 21 saranan daripada dua kumpulan bertindak berhubung isu pekerjaan dan hidup berdikari.

Hampir 300 orang termasuk golongan kurang upaya, keluarga dan pengasuh mereka terlibat dalam perbincangan sepanjang dua tahun lalu.

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan