Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat Kerjasama Singapura di Kemboja dibuka semula susuli kerja peningkatan

Sebuah pusat latihan Singapura di Kemboja bagi membangun modal insan dilancarkan semula pada Selasa (2 Ogos) selepas menjalani kerja-kerja peningkatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pusat Kerjasama Singapura di Kemboja dibuka semula susuli kerja peningkatan

Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, dan Timbalan Perdana Menteri Kemboja Prak Sokhonn merasmikan pembukaan semula Pusat Kerjasama Singapura yang ditubuhkan 20 tahun lalu. (Gambar: Basil Kwok/MFA)

PHNOM PENH: Sebuah pusat latihan Singapura di Kemboja bagi membangun modal insan dilancarkan semula pada Selasa (2 Ogos) selepas menjalani kerja-kerja peningkatan.

Pusat Kerjasama Singapura pertama kali dilancarkan di ibu kota Phnom Penh dengan nama yang lain 20 tahun lalu, dalam usaha merapatkan jurang pembangunan di rantau ini dan memacu penyepaduan ASEAN.

Timbalan Perdana Menteri Kemboja Prak Sokhonn dan Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan merasmikan pusat itu di luar Mesyuarat Para Menteri Ehwal Luar ASEAN di Phnom Penh.

Pusat yang dipertingkat itu dilengkapi kemudahan moden.

Ia menawarkan kursus-kursus seperti kemahiran bahasa Inggeris, pembangunan ekonomi dan pentadbiran awam.

Ia sebahagian program lebih luas Singapura untuk membalas bantuan antarabangsa yang diterimanya semasa tahun-tahun awal kemerdekaannya.


Sekitar 137,000 pegawai pemerintah dari lebih 180 negara meraih manfaat daripada program itu.

Menurut Dr Balakrishnan hubungan dua hala antara Singapura dan Kemboja mencapai tahap baru dan menyifatkannya sebagai kerjasama dan pertukaran sesama.

Encik Prak Sokhonn pula menyampaikan penghargaan mendalam kepada Pemerintah Singapura bagi pihak kerajaan Kemboja kerana menjadi teraju dalam merapatkan jurang pembangunan dan memperdalam integrasi ASEAN.
Sumber : CNA/ZM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan