Pusat kegiatan baharu di Siglap galak warga emas kekal aktif
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Golongan warga emas yang menetap di daerah Siglap kini boleh memanfaatkan sebuah pusat kegiatan baharu bernilai S$1 juta.
Selain menyediakan ruang bagi mereka untuk kekal aktif, Pusat Warga Emas Lucky Haven juga menawarkan makmal untuk menguji pendekatan inovatif bagi memenuhi keperluan warga emas yang berbeza-beza.
Tidak seperti pusat penuaan aktif yang dikendalikan Agensi Perkhidmatan Sosial lain, Pusat Warga Emas Lucky Haven dikendalikan sepenuhnya oleh masyarakat, untuk masyarakat.
"Cara jagaan penuaan ini bukan hanya melibatkan pemerintah menyediakan perkhidmatan dengan kerjasama agensi perkhidmatan sosial, tapi masyarakat setempat sendiri mengambil tanggungjawab dan melakukan sesuatu yang akan memberikan manfaat sesama penduduk," kata Menteri di Pejabat Menteri Dr Mohamad Maliki Osman.
Dengan 25 peratus daripada penduduk Siglap berusia 60 tahun ke atas, enam ruang sedemikian dibina untuk mereka.
Misalnya, ada taman yang lebar ruang jalannya bagi memudahkan pergerakan mereka yang menggunakan kerusi roda.
Pusat tersebut juga mempunyai dinding yang boleh diubah suai untuk menampung pelbagai jenis aktiviti.
Menariknya, ia juga berfungsi sebagai sebuah makmal bagi pelajar Politeknik Temasek untuk menguji program inovatif yang dapat memenuhi keperluan berbeza.
Selain itu, Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) dan Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD) juga merancang untuk memanfaatkan pusat kegiatan itu.

Sumber : CNA/IA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.