Pusat kedua CDEConnect dibuka di Tampines; hulur sokongan kepada pembantu rumah hijrahan
Sebuah pusat sokongan dibuka bagi membantu para pembantu rumah hijrahan (MDW) menghuraikan isu-isu dengan majikan mereka. Pusat itu adalah yang kedua seumpamanya di Singapura.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebuah pusat sokongan dibuka bagi membantu para pembantu rumah hijrahan (MDW) menghuraikan isu-isu dengan majikan mereka. Pusat itu adalah yang kedua seumpamanya di Singapura.
Terletak di Tampines, pusat berkenaan juga akan memberi sokongan kepada para pembantu rumah yang memerlukan nasihat mengenai pekerjaan mereka.
Kakitangan di pusat CDEConnect akan menemu bual semua pembantu rumah kali pertama bagi menilai bagaimana mereka dapat menyesuaikan diri dengan keluarga majikan masing-masing. Ia akan dilakukan secara fizikal, dalam tempoh enam bulan selepas mereka mula bekerja.
Kegiatan rekreasi dan pelbagai bengkel juga akan dianjurkan khusus bagi para pembantu rumah tersebut pada hujung minggu.
Pusat baru itu dibuka secara bersama oleh Pusat bagi Pekerja Pembantu Rumah (CDE) dengan Kementerian Tenaga Manusia (MOM).
Perbincangan sedang dijalankan untuk membuka pusat yang ketiga.
"Matlamatnya adalah untuk mendampingi lebih ramai pembantu rumah hijrahan untuk menjalani temu bual tersebut. Persiapan sedang dilakukan. Kami akan berkongsi butirannya kelak," kata Menteri Negara Tenaga Manusia Gan Siow Huang.
"Adalah penting untuk menjadikannya lebih mudah bagi para pekerja dan juga majikan mereka," kata Pengerusi CDE Yeo Guat Kwang.
"Maka itulah, saya berpendapat selepas membuka pusat yang pertama di bahagian barat (Singapura), secara logik, kami seharusnya membuka sebuah lagi pusat di bahagian timur (Singapura) dan kami juga akan membuka pusat yang ketiga. Kami juga sedang menimbangkan pembukaannya (pusat itu) di bahagian utara," tambah beliau.

Sumber : CNA/AI/fz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.