Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat Kecemerlangan bagi Penyelidikan NTU dilancar

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Dec 2022 08:20PM Dikemas Kini : 01 Dec 2022 09:07PM
SINGAPURA: Mengesan jangkitan pada seseorang dengan menggunakan telefon bijak sahaja.

Ia mampu menjadi kenyataan menerusi pelancaran Pusat Kecemerlangan bagi Penyelidikan di Universiti Teknologi Nanyang (NTU), pada Khamis (1 Dis).

Pusat baru dipanggil Institut Analisis dan Sains Molekul Digital (IMDxS) itu disokong oleh pelaburan sebanyak S$160 juta, sebahagian besarnya disumbang oleh Kementerian Pendidikan.

Kajiannya akan tertumpu kepada pemantauan molekul dalam masa nyata serta akan memudahkan proses menangani ancaman bio seperti penyakit bawaan serangga seperti denggi.

Projek pertamanya ialah alat ujian sampel darah yang dapat Menghasilkan keputusan dengan serta-merta.

Pusat itu akan menggajikan 100 penyelidik dan kakitangan sepenuh masa, serta membiayai lebih daripada 30 pelajar PHD.

Institusi tersebut memainkan peranan penting dalam mengembangkan penemuan-penemuan sains yang penting dan menyokong penciptaan keluaran sampingan yang menarik bagi menangani cabaran-cabaran besar dalam penjagaan kesihatan, sains bioperubatan dan persekitaran bandar.

Usaha-usaha itu akan memanfaatkan masyarakat umum dan mewujudkan pengaruh sosial dan ekonomi untuk Singapura.
Sumber : CNA/NS/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan