Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat kawalan baru manfaatkan teknologi untuk kurangkan tenaga kerja, pelepasan karbon

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Mar 2022 08:00PM Dikemas Kini : 16 Mar 2022 08:38PM

SINGAPURA: Sebuah pusat kawalan baru memanfaatkan teknologi untuk meluaskan keupayaan syarikat kawalan keselamatan supaya dapat sekali gus menguruskan kemudahan.

Ini tidak hanya dijangka mengurangkan keperluan tenaga kerja, malah ia boleh mengurangkan pelepasan karbon.

Semasa pelancaran pusat tersebut, Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee menegaskan peri pentingnya transformasi digital.

Ini bagi membantu industri kawalan keselamatan dan pengurusan kemudahan untuk mengatasi kekurangan tenaga manusia dan meningkatkan kemahiran bagi jawatan-jawatan tertentu.

Data dari 138 tapak merata negara dihimpunkan dalam satu wadah.

Ia memanfaatkan teknologi visualisasi yang membolehkan pemantauan persekitaran fizikal dalam masa nyata.

Keupayaan pusat kawalan bersepadu AETOS, yang juga menggunakan rangkaian 5G lebih cepat, membolehkan tindakan lebih pantas terhadap mana-mana insiden atau masalah.

Ia juga membolehkan para pegawai membuat keputusan lebih pantas dan tepat.

Selain kawalan keselamatan, analitik di wadah 'cloud' boleh memantau penggunaan air dan tenaga dalam sesebuah bangunan.

Ini bermakna para pengawal keselamatan boleh dilatih untuk memainkan peranan tambahan, seperti pengurus kemudahan yang berupaya melakukan pemantauan dari jauh,atau menjalankan pemeriksaan bagi masalah-masalah seperti penyaman udara yang rosak.

"Kita memanggilnya Pengurusan Kemudahan Bersepadu (IFM) dan Pengurusan Kemudahan Teragregat (AFM)," ujar Encik Lee.  

IFM dan AFM boleh membantu para pemilik bangunan dan penyedia khidmat meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos.

Ia juga boleh membantu untuk mempertingkat kemampanan dengan mengurangkan permintaan bagi sumber-sumber seperti tenaga elektrik dan air.

Sumber : CNA/ZM/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan