Pusat Kapal Pesiaran Marina Bay dibuka semula susuli kerja naik taraf S$40j
Para penumpang di Pusat Kapal Pesiaran Marina Bay (MBCC) yang dinaik taraf, kini boleh menjangkakan pengalaman daftar masuk lebih lancar dan pantas, dengan pelancaran perkhidmatan baharu untuk penyerahan bagasi awal.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para penumpang di Pusat Kapal Pesiaran Marina Bay (MBCC) yang dinaik taraf, kini boleh menjangkakan pengalaman daftar masuk lebih lancar dan pantas, dengan pelancaran perkhidmatan baharu untuk penyerahan bagasi awal.
Perkhidmatan tersebut dijangka dapat menjimatkan lebih daripada separuh masa yang biasanya diambil untuk mendaftar masuk.
Ia merupakan antara kemudahan baharu MBCC, yang dibuka semula pada Rabu (29 Okt) selepas melalui kerja naik taraf bernilai S$40 juta.
Pusat itu kini boleh menampung hampir 12,000 penumpang, iaitu seganda lebih banyak berbanding sebelumnya, seiring dengan pertumbuhan berterusan pelancongan kapal pesiaran di rantau ini.
Di majlis pembukaannya, Menteri Negara Perdagangan dan Perusahaan Alvin Tan berkata permintaan untuk pelayaran dijangka terus meningkat dalam beberapa tahun akan datang.
"Singapura sejak sekian lama merupakan hab perkapalan antarabangsa,dan kami kini menerapkan kepakaran yang sama dalam industri pelayaran.
"Apabila syarikat pelayaran mencari pelabuhan di Asia, mereka mahukan keandalan, kecekapan, serta destinasi yang menarik untuk para penumpang mereka.
"Peluasan ini bukan sekadar mengenai bangunan lebih besar. Ia mencerminkan keyakinan kami terhadap masa depan pelancongan pelayaran di Asia Tenggara, serta usaha untuk mengekalkan kedudukan Singapura di tengah-tengah industri pelayaran global," kata Encik Tan.

Sumber : CNA/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.