Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat kajian Certis tangani kekurangan tenaga manusia menerusi AI

Syarikat Certis bukan sahaja mahu menjadi penyedia khidmat keselamatan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 Jul 2019 06:22PM Dikemas Kini : 03 Jul 2019 10:22PM

SINGAPURA: Syarikat Certis bukan sahaja mahu menjadi penyedia khidmat keselamatan.

Ia juga mahu menjadi sebuah syarikat teknologi dengan pembukaan rasmi pusat kajian kecerdasan gunaan Certis di negara ini.

Pusat baru Certis itu diharap dapat memanfaatkan huraian Kecerdasan Buatan (AI) bagi menangani cabaran-cabaran seperti kekurangan tenaga manusia.

Sofwe itu boleh mengenal pasti identiti seseorang, walaupun orang itu memakai pelitup.

Teknologi tersebut bukan berdasarkan pengenalan muka.

Sebaliknya identiti seseorang dikenal pasti berdasarkan ketinggian tubuh atau ciri-ciri tulangnya dengan menggunakan beberapa kamera CCTV.

Menerusi gerakan manusia, ia juga boleh menganalisa tindakan berisiko atau agresif.

Pada masa depan penggunaan teknologi tersebut boleh diluaskan ke sektor-sektor lain seperti jagaan kesihatan dan pengangkutan.

Certis sedang bekerjasama dengan pelbagai universiti dan syarikat pemula untuk menghasilkan idea-idea baru.

Kemudahan seluas 810 meter persegi itu dirasmikan Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing.

Ia mempunyai kira-kira 120 orang pekerja.

Antara projek yang sedang diusahakan termasuk kamera bagi mengenal pasti objek. 

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan