Pusat kajian baru NIE guna alat imbasan otak untuk tinjau tingkah laku manusia
Sebuah alat yang dipakai di kepala dan berfungsi sebagai alat imbasan MRI untuk otak.
SINGAPURA: Sebuah alat yang dipakai di kepala dan berfungsi sebagai alat imbasan MRI untuk otak.
Ada juga alat yang berupaya mengesan daya tumpuan.
Teknologi tersebut sedang digunakan untuk meninjau tingkah laku manusia di sebuah pusat kajian baru di Institut Pendidikan Nasional (NIE) iaitu SoLEC.
Matlamatnya adalah untuk mewujudkan kurikulum dan kelas yang boleh membantu memaksimumkan potensi para pelajar.
Bahagian belakang otak iaitu kawasan yang bertanggungjawab bagi daya penglihatan seseorang, diaktifkan apabila seseorang menonton video.
Betapa kuat fungsi otak juga boleh dilihat dengan kawasan lebih cerah mencerminkan kegiatan tahap lebih tinggi.
Semua maklumat itu datang dari alat itu yang berfungsi seperti alat imbasan MRI untuk otak.
Para penyelidik dan pendidik pusat kajian terbaru di NIE Solec menggunakan alat itu untuk mengkaji kelakuan manusia.
Ia akan membantu mereka menyesuaikan sukatan pelajaran dan kelas untuk para pelajar.
Ada juga rancangan untuk membenarkan para pelajar memakai alat itu di sekolah untuk memantau kelakonan mereka di kelas.
Setakat ini, ia menyasarkan golongan kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun.
Ada juga alat "Eye-tracker" yang mengesan fokus seseorang.
Titik merah yang lebih besar menunjukkan tahap tumpuan yang lebih tinggi.
Peralatan itu boleh digunakan untuk mengetahui tumpuan perhatian seseorang pelajar.
Pusat SoLEC juga menempatkan sebuah bilik darjah eksperimen yang mempunyai cermin pandangan sehala yang membolehkan para penyelidik memerhatikan dan mengkaji proses pembelajaran.
Satu program sarjana juga dilancarkan supaya lebih ramai orang boleh pelajari cara untuk memaksimumkan kaedah pembelajaran.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.