Pusat inovasi penerbangan dibangunkan di SG tangani permintaan meningkat, pelepasan karbon
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Grace Yeoh/CNA)
SINGAPURA: Pusat Antarabangsa bagi Inovasi Penerbangan (ICAI) yang baharu ditubuhkan menetapkan sasaran untuk mengatasi cabaran-cabaran seperti pengurusan ruang udara, tenaga manusia dan pengeluaran karbon.
Ia ditubuhkan oleh Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dengan tujuan mempercepatkan inovasi dalam sektor penerbangan.
Yayasan Penyelidikan Kebangsaan Singapura (SNRF) memperuntukkan $140 juta untuk memberi rangsangan kepada pusat tersebut dalam menangani cabaran-cabaran industri.
CAAS menyatakan bidang-bidang yang diketengahkan ICAI adalah penting sedang permintaan global bagi penerbangan terus meningkat.
Data daripada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa IATA menunjukkan perjalanan udara sejagat tahun lalu mencecah 93 peratus paras sebelum pandemik COVID-19.
Ini bermakna lebih 500 bilion perjalanan dicatatkan setiap bulan.
IATA menjangkakan jumlah itu naik seganda menjelang 2040.
CAAS merancang untuk mengambil sekitar 20 pakar penerbangan dan teknologi serantau untuk bekerja di pusat tersebut.

Sumber : CNA/AY/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.