Pusat Inovasi Kesihatan Nasional lancar geran S$1 juta biaya projek jagaan pesakit
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: NHIC
SINGAPURA: Satu geran baru akan menyediakan para klinisian dan penyelidik dengan dana sehingga S$1 juta bagi setiap projek terpilih demi memupuk inovasi yang menjimatkan kos untuk sistem jagaan kesihatan awam.
Ia adalah sebahagian daripada inisiatif baru Pusat Inovasi Kesihatan Nasional (NHIC) yang dilancarkan pada Isnin (17 Okt) untuk meningkatkan landskap teknologi kesihatan serta memperbaiki jagaan pesakit.
Inisiatif itu meliputi tiga tema iaitu pemeriksaan, diagnosis dan pemantauan serta pencegahan.
NHIC akan membimbing pasukan-pasukan dengan teliti dan membantu mereka melancarkan projek tersebut untuk tujuan komersil.
Teknologi sedemikian dijangka memainkan peranan utama dalam strategi jagaan pencegahan Pemerintah, SG Lebih Sihat.
Sementara itu, NHIC akan bekerjasama dengan syarikat permodalan usaha niaga untuk mewujudkan lebih banyak syarikat pemula dan firma bioteknologi bagi membangunkan projek bersama.
NHIC juga bekerjasama dengan SG Innovate untuk mempuk bakat dalam kemahiran klinik, teknikal dan komersil.

Sumber : CNA/RU/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.