Pusat Huraian Pertikaian di Maxwell dibuka 8 Ogos
Pusat Huraian Pertikaian yang selesai diubah suai, Maxwell Chambers Suites, akan dibuka pada 8 Ogos ini.

Pusat Hurairan Pertikaian di Maxwell dibuka 8 Ogos.
SINGAPURA: Pusat Huraian Pertikaian yang selesai diubah suai, Maxwell Chambers Suites, akan dibuka pada 8 Ogos ini.
Menteri Undang-undang K Shanmugam mengumumkan demikian hari ini (26 Apr) di Mesyuarat Persatuan Para Peguam Antara Pasifik ke-29.
Maxwell Chambers Suites, yang tiga kali lebih luas, adalah sebahagian daripada usaha untuk mengukuhkan lagi kedudukan Singapura sebagai hab antarabangsa bagi timbang tara.
Dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan baru termasuk teknologi bijak, pusat itu bertujuan membantu membina ekosistem yang lebih kukuh sekaligus menjadikan Singapura pangkalan yang baik bagi syarikat-syarikat berniaga di ASEAN.
Encik Shanmugam berkata sedang ASEAN berkembang, Singapura menjadi pilihan semula jadi dan paling berkecuali untuk menguruskan pertikaian-pertikaian yang timbul di rantau ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.