Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat hiburan malam, KTV berharap dapat sambung semula perniagaan berikutan pelonggaran peraturan COVID-19

Ketika pasukan bertindak berbilang kementerian mengumumkan pada Khamis (24 Mac) bahawa bernyanyi dalam persekitaran awam dibenarkan mulai minggu depan, pengarah di rangkaian Teo Heng, iaitu pusat karaoke bagi keluarga, Cik Jean Teo melahirkan rasa gembira tidak terhingga.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Ketika pasukan bertindak berbilang kementerian mengumumkan pada Khamis (24 Mac) bahawa bernyanyi dalam persekitaran awam dibenarkan mulai minggu depan, pengarah di rangkaian Teo Heng, iaitu pusat karaoke bagi keluarga, Cik Jean Teo melahirkan rasa gembira tidak terhingga.

Sangkanya pusat karoke kini sudah boleh dibuka semula.

Buat masa ini syarikat itu menyewakan bilik-bilik karaokenya sebagai ruang pejabat selepas pusat hiburan KTV tidak dibenarkan beroperasi sejak 27 Mac 2020 ekoran sekatan COVID-19.

Namun, harapannya itu tersekat di tengah jalan.

Selepas diteliti lebih lanjut, Cik Teo mendapati peraturan baru itu tidak termasuk perniagaan dengan lesen hiburan awam.

Pengerusi bersama pasukan bertindak berbilang kementerian, Lawrence Wong berkata pada Khamis bahawa pemerintah masih lagi meneliti bagaimana untuk membenarkan perniagaan seperti bar, karoke, disko dan kelab malam boleh dibuka semula dengan selamat.

"Kami sangat tertekan dan keliru sama ada syarikat kami masih boleh menyediakan hiburan di Singapura kerana tidak ada perniagaan yang ditutup untuk sekian lama," kata beliau.

"Sekurang-kurangnya ada sedikit sinar harapan.Kami hanya menunggu pengesahan... Kami berharap ia akan berlaku secepat mungkin, dan kami akan ada masa untuk melakukan persediaan dan pastikan semuanya berjalan dengan lancar."

Beberapa pusat karoke memilih untuk memohon lesen sementara F&B dan kurang pasti sama ada peraturan baru itu menjejas mereka.

Sejak pengumuman kelmarin, Cik Teo berkata syarikatnya sudah menerima beberapa panggilan daripada pelanggan yang ingin menempah slot karaoke pada 29 Mac kerana ramai menyangka bahawa peraturan bernyanyi itu juga dibuka untuk pusat karaoke keluarga.

"Pelanggan sangat teruja. Sekurang-kurangnya kami yakin penduduk Singapura masih sangat gemar menyanyi. Ia sesuatu yang tidak boleh dinafikan. Ini memberi kami lebih keyakinan untuk meneruskan perjuangan kami."

Sumber : CNA/FA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan