Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat dialisis pertama di Toa Payoh West dibuka

Kini lebih mudah bagi para penduduk Toa Payoh West menjalani rawatan dialisis ginjal dengan pembukaan pusat dialisis pertama di sebuah kelab masyarakat hari ini (28 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Mar 2021 08:49PM Dikemas Kini : 28 Mar 2021 08:57PM

SINGAPURA: Kini lebih mudah bagi para penduduk Toa Payoh West menjalani rawatan dialisis ginjal dengan pembukaan pusat dialisis pertama di sebuah kelab masyarakat hari ini (28 Mac).

Pusat tersebut menerima derma S$1.4 juta dari kuil Kong Meng San Phor Kark See.

Ia akan menempatkan 20 stesen dialisis yang boleh menampung sehingga 120 pesakit.

Ia juga akan bertindak sebagai sebuah hab untuk mendekati para penduduk yang mahu mendapatkan maklumat berkaitan kesihatan ginjal.

"Kami akan memberi tumpuan kepada 3S: Menjaga kesihatan (Stay healthy), pemeriksaan kesihatan secara kerap (Screening regularly) dan mendapatkan rawatan awal (Seeking treatment) jika para penduduk perlukan intervensi perubatan," kata Anggota Parlimen GRC Bishan-Toa Payoh Chee Hong Tat.

"Saya dan para sukarelawan akan bekerjasama rapat dengan NKF bagi program-progran pendidikan kesihatan ginjal serta inisiatif untuk mendekati para penduduk kerana kita tahu mencegah itu lebih baik daripada mengubati." 

Sumber : CNA/NF/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan