Pusat dialisis di Bedok dapat rawat lebih ramai pesakit dengan tambahan stesen dialisis
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih ramai pesakit buah pinggang di bahagian timur Singapura kini boleh mendapatkan rawatan dialisis yang mereka perlukan.
Ini setelah lebih banyak stesen dialisis diwujudkan di pusat dialisis kendalian Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) di Bedok.
Namun, selain urusan kesihatan, para pesakit juga boleh meraih beberapa kemahiran baharu.
Kemudahan-kemudahan yang dipertingkat, penggunaan ruang yang lebih cekap, serta atur susun baharu yang membolehkan para jururawat memantau pesakit dengan lebih baik lagi.
Sebuah pusat dialisis terletak di Bedok kini mempunyai 25 stesen dialisis, berbanding 19 stesen sebelum ini.
Ini bermakna tambahan 40 pesakit boleh menjalani rawatan setiap minggu.
Ia merupakan kali pertama pusat tersebut diubah suai dalam tempoh 35 tahun.
Projek bernilai S$2 juta itu ditaja oleh sebuah persatuan keagamaan dengan tujuan memberikan jagaan kesihatan yang dimampui dan bermutu buat masyarakat.
Selain menyokong kesihatan para pesakitnya, NKF turut membantu mereka agar dapat berdikari secara kewangan melalui program Perniagaan dari Rumah (HBB).
Menerusi program tiga bulan itu, para pesakit dialisis belajar cara-cara mendirikan dan menguruskan perniagaan dari rumah dengan bimbingan mentor.
Ia sebahagian daripada strategi Future Forward 2030 NKF untuk membantu para pesakit dengan cara yang lebih bermakna.
Menurut NKF, langkah tersebut penting sedang enam kes baharu dilaporkan di Singapura setiap hari.
"Jika kita menjalani gaya hidup yang lebih sihat, mungkin dengan meminum kurang gula, makan kurang garam, kurangkan minuman bergula, kopi C siew tai atau kopi kosong kan? Semua ini dapat membantu dalam langkah ke hadapan, inisiatif SG Lebih Sihat dan benar-benar menjalani gaya hidup yang lebih sihat," kata Pengerusi NKF Arthur Lang,
Berucap di pembukaan rasmi pusat itu, Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata, tabiat yang bagus dan sihat perlu dipupuk dari kecil lagi.
"Sedang kita menua, kita harus sasarkan untuk bukan hanya hidup lebih lama, tetapi hidup lebih sihat lebih lama. Perubahan kecil, terutama ketika kita muda, boleh membuat perubahan ketara apabila tua nanti," kata Encik Heng.
"Jadi, dengan mencegah penyakit kencing manis menerusi senaman harian dan mengurangkan pengambilan gula, ia dapat melengahkan, malah mencegah berlakunya penyakit buah pinggang," tambahnya.
Beliau turut menambah bahawa kerjasama masyarakat dapat membantu dalam pembentukan masyarakat yang lebih sihat.

Sumber : CNA/AT/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.