Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat dialisis baru di Marsiling dibuka rasmi hari ini

Sebuah pusat dialisis baru dibuka rasmi hari ini (15 Jun) bagi memenuhi keperluan para pesakit buah pinggang yang tinggal di kawasan Marsiling. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Jun 2019 06:54PM Dikemas Kini : 15 Jun 2019 09:46PM

SINGAPURA: Sebuah pusat dialisis baru dibuka rasmi hari ini (15 Jun) bagi memenuhi keperluan para pesakit buah pinggang yang tinggal di kawasan Marsiling.

Langkah itu sebahagian daripada usaha Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) membuka pusat-pusat yang lebih dekat dengan tempat tinggal pesakit.

Pusat baru itu dibina atas sumbangan S$2 juta dari pasangan berasal dari Britain.

Lagi S$600,000 diserahkan dalam majlis pelancaran hari ini atas nama Tan Hwa Luck. Wang itu akan digunakan bagi operasi pusat baru yang terletak di Blok 204 Marsiling Drive ini.

Ia dilengkapi dengan 22 stesen dialisis, bagi kegunaan lebih 130 pesakit. Sekurang-kurangnya 80 pesakit sudah menjalani rawatan di sini sejak ia dibuka.

Turut dilancarkan hari ini adalah sebuah program bagi mencegah para pesakit buah pinggang, terutama sekali mereka yang sudah uzur, daripada terjatuh.

Presiden Halimah Yacob yang menyerikan acara perasmian pusat baru itu memuji yayasan tersebut kerana menjalankan pelbagai inisiatif.

"Walaupun Pemerintah boleh terus menggalak rakyat Singapura untuk menjalani gaya hidup sihat, rakan-rakan masyarakat seperti NKF yang memberikan dorongan tambahan.

(Ini) dengan memperkukuh langkah-langkah pencegahan dari peringkat bawahan menerusi pemeriksaan kesihatan, pencegahan faktor-faktor risiko menerusi pemakanan sihat dan senaman, serta memperlahankan proses ke arah kegagalan ginjal tahap akhir," kata Presiden Halimah. 

Sumber : CNA/AQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan