Pusat data SG teroka pilihan tenaga bersih termasuk reaktor nuklear
Anggaran Waktu Membaca:

Sistem pendinginan di pusat data Singapura. Kemudahan ini menggunakan sejumlah besar tenaga elektrik untuk mengendalikan server dan sistem pendinginan.
SINGAPURA: Pusat-pusat data di Singapura sedang meningkatkan permintaan untuk tenaga boleh diperbaharui.
Kemudahan-kemudahan sedemikian yang menyimpan dan memproses sejumlah besar data digital memerlukan tenaga elektrik yang banyak untuk mengendalikan server dan sistem pendinginan.
Setiap pusat boleh menggunakan sehingga 33 gigawatt tenaga setiap tahun - cukup untuk menjana tenaga bagi 900,000 isi rumah.
Gergasi-gergasi teknologi di Amerika Syarikat seperti Amazon dan Meta melabur dalam tenaga nuklear untuk menggerakkan pusat data mereka dan menyokong permintaan yang semakin meningkat untuk kecerdasan buatan (AI).
Di Singapura, banyak pengendali sedang meneroka hidrogen dan tenaga solar untuk keperluan mereka yang semakin meningkat dan mengurangkan pelepasan karbon.
Ada juga yang sedang meneliti pilihan reaktor nuklear, tetapi para pemerhati industri berkata masih terdapat jurang sebelum cita-cita itu dapat direalisasikan.
Sebagai permulaan, mereka mengusulkan rangka kerja nasihat yang menjalankan kajian daya maju dan mengembangkan kepakaran teknikal dalam bidang tersebut.
KECEKAPAN TENAGA
Sebagai contoh, pengendali pusat data Equinix, sudahpun melaksanakan sistem pendinginan yang lebih cekap untuk menjadikannya mesra alam sekitar melalui penggunaan tenaganya.
Syarikat infrastruktur digital Amerika itu mengendalikan lebih 260 pusat data di seluruh dunia, termasuk enam di Singapura.
Firma itu akan mula menggunakan teknologi pendinginan cecair di pusat datanya tahun ini, yang 3,000 kali lebih berdaya maju dari segi pendinginan Unit Pemprosesan Grafik AI (GPU).
Ia juga sedang meninjau kemungkinan menggunakan reaktor nuklear modular kecil (SMR) untuk menjana tenaga pada masa akan datang.
"Dari segi SMR, kami sudah mula meneroka projek perintis. Ia sedang dalam tempoh kajian,” kata Yee May Leong, Pengarah Urusan Equinix Singapore.
"Kami yakin ia akan menjadi salah satu huraian tenaga hijau untuk kami dalam masa terdekat."
Huraian tenaga bersih lain yang sedang diteroka oleh syarikat itu termasuk sel bahan api, hidrogen dan ammonia.
“Kami telah bekerjasama dengan pemerintah Singapura untuk mewujudkan laluan baharu dan tenaga peralihan hijau alternatif,” kata Cik Leong, sambil menambah firma itu menyokong Pelan Singapura Menghijau 2030, yang menetapkan sasaran untuk kemampanan negara menjelang 2030.
Beliau turut menarik perhatian bahawa perkongsian antara industri, penyedia tenaga, serta penggubal dasar, merupakan ramuan kejayaan penting untuk huraian tenaga hijau yang dijalankan secara berskala.
MENGAPA SMR?
Kemudahan-kemudahan nuklear konvensional boleh menjana sejumlah besar tenaga, tetapi Singapura tidak mempunyai ruang, menurut para pemerhati.
Ia juga mengambil masa kira-kira 20 tahun untuk meletakkan asas bagi kemudahan nuklear, membina infrastruktur dan memasang komponen, sebelum ia boleh mula menjana tenaga.
Satu alternatif ialah SMR, dibina pada saiz loji janakuasa nuklear biasa yang jauh lebih kecil, yang berupaya beroperasi dengan lebih pantas.
Para pemain industri berkata kelebihan SMR termasuk daya majunya, keperluan penyenggaraan yang lebih rendah, ciri keselamatan yang dipertingkatkan, dan potensi untuk disepadukan dalam infrastruktur tenaga kompak Singapura.
“Yang penting, kami tidak mempunyai kawasan tanah yang luas… di mana kami boleh meletakkan kemudahan berskala besar jauh dari kawasan bandar dan melindunginya daripada penduduk,” kata Encik Matthew Oostveen, ketua pegawai teknologi untuk Asia Pasifik dan Jepun di syarikat penyimpanan data Pure Storage.
Profesor Universiti Nasional Singapura (NUS) Lee Poh Seng memberi amaran bahawa peralihan kepada tenaga nuklear adalah sangat rumit. Penyesuaian memerlukan usaha mengatasi cabaran yang termasuk perubahan persepsi awam, yang akan melibatkan kempen pendidikan awam untuk membina kepercayaan dan menangani kebimbangan terhadap keselamatan dan alam sekitar.
Selain itu, akan terdapat kos modal permulaan yang tinggi, dengan masa pendahuluan yang panjang diperlukan untuk penggunaannya dan keperluan untuk keupayaan tenaga kerja khusus.
Beliau berkata walaupun Singapura belum mengumumkan pendirian rasminya mengenai penggunaan tenaga nuklear, terdapat keperluan untuk membangunkan rangka kerja nasihat untuk menilai kdaya maju, dan membina kepakaran kawal selia.
"Kami akan terus memantau perkembangan dan kemajuan untuk huraian-huraian seperti SMR," kata Prof Lee, yang merupakan pengarah program Pusat Data Tropika Mampan NUS.
“Secara selari, apa yang boleh kita lakukan ialah terus menangani isu keselamatan, isu pentadbiran, serta isu perundangan. Jadi apabila huraian sedemikian tersedia, kami mempunyai rangka kerja yang diperlukan untuk memperbanyakkan penggunaannya dengan pantas."
PERMINTAAN TENAGA HIJAU
Singapura telah menandatangani perjanjian dengan Amerika Syarikat mengenai kerjasama nuklear untuk mengetahui lebih lanjut mengenai teknologi terkini dan penyelidikan saintifik daripada pertubuhan-pertubuhan di Amerika.
Encik Oostveen berkata industri menjangkakan untuk melihat lebih banyak permintaan bagi penyimpanan data di Singapura dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
“Pertubuhan-pertubuhan besar benar-benar selesa dengan meletakkan aset data mereka dan aset pengiraan fizikal mereka di Singapura. Ia selamat. Terdapat bakat yang tersedia untuk mengusahakan sistem ini,” katanya kepada Mediacorp.
Dengan Singapura ingin mengembangkan kapasiti pusat datanya sebanyak lebih sepertiga dalam jangka terdekat, negara ini akan mencari sumber tenaga boleh diperbaharui yang boleh dilaksanakan untuk memenuhi keperluan pengkomputeran yang semakin meningkat.
Prof Lee berkata penekanan pemerintah terhadap harga karbon dan insentif untuk amalan mampan akan mendorong para pengendali untuk menggunakan teknologi dan amalan yang lebih hijau.
"Pelan Hala Tuju Pusat Data Hijau menguatkan dorongan ini dengan menetapkan sasaran ketat untuk kecekapan tenaga dan menggalakkan inovasi merentas sektor," katanya, sambil merujuk kepada rangka kerja untuk meningkatkan kemampanan pusat data.
“Melalui langkah ini, Singapura meletakkan asas bagi ekosistem tenaga yang akan mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil sambil menyokong pertumbuhan mampan dalam industri pusat data.”
Beliau menambah bahawa untuk mencapai pelepasan sifar karbon menjelang 2050, ia akan memerlukan tumpuan berterusan pada huraian tenaga yang inovatif, kerjasama antarabangsa dan rangka kerja dasar yang kukuh.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.