Skip to main content

Singapura

Pusat Data Global ST Telemedia jalin kerjasama bantu 8,000 pelajar IHL sertai sektor AI

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 26 Jan 2026 11:40PM Dikemas Kini : 15 Feb 2026 10:39AM
SINGAPURA: Singapura memperkukuh kedua-dua prasarana digital dan daya tenaganya sedang ia menuju masa hadapan yang dipacu Kecerdasan Buatan (AI).

Pusat Data Global ST Telemedia pada Isnin (26 Jan) melancarkan kerjasama dengan institusi-institusi pengajian tinggi yang bertujuan membantu lebih 8,000 pelajar menyertai sektor ekonomi digital sepanjang lima tahun akan datang.

Ini sedang penggunaan AI semakin meluas.

Ia juga melancarkan tapak uji pertama di Asia Tenggara supaya pusat data di Singapura lebih cekap dalam penggunaan tenaga dengan mengurangkan penggunaan tenaga sehingga 30 peratus.

Pusat-pusat data sedia ada di Singapura bergantung kepada sistem arus ulang-alik yang tradisional, bermakna ia mempunyai beberapa keterbatasan.

Arus elektrik perlu bertukar beberapa kali sebelum tiba di server, menyebabkan kehilangan tenaga.

Dengan sistem 'High Voltage Direct Current' baharu, penukaran tenaga dapat dikurangkan dan pelepasan karbon juga diturunkan sebanyak 400 tan setahun bagi setiap megawatt tenaga yang digunakan.

Ia juga mampu menampung penggunaan server AI yang lebih kuat.

Tujuannya kini adalah untuk memperluas penggunaan sistem baharu itu bermula di Singapura dan kemudian memperkenalkannya ke luar negara.

Lantas, terdapat keperluan untuk memupuk kepakaran, bakat dan pekerjaan yang relevan dan oleh sebab itulah perjanjian dimeterai dengan Institut Pendidikan Teknikal (ITE), Politeknik Singapura dan Universiti Teknologi Nanyang.

Profesor Madhavi Srinivasan, Pengarah Eksekutif, Institut Kajian Tenaga @ NTU (ERI@N), berkata: "Kemudahan ini sebenarnya akan memberi pelajar pengalaman amali di mana pelajar yang berminat boleh menjadi sebahagian daripada kemudahan ini, jalani latihan amali mereka atau malah ikuti sebahagian daripada pembelajaran mereka di kemudahan ini, dan itu akan benar-benar memberikan mereka pengetahuan yang bermakna.

"Dan bagi industri, apabila pelajar-pelajar ini mendapat ijazah, mereka sudah menjadi jurutera yang terlatih, jadi ia lebih cepat untuk mereka belajar apa-apa pekerjaan yang mereka pilih.

Selain peluang latihan amali, tersedia juga tajaan untuk meraih sijil global bagi kemudahan dan operasi pusat data supaya dapat membantu dalam mempercepatkan kemasukan ke dalam sektor tersebut.
Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita