Pusat bersepadu baharu di Sengkang bantu penduduk hadapi cabaran mental dan penuaan
Pusat sehenti baharu di Sengkang dilancarkan untuk menjadikan kesejahteraan menyeluruh sebahagian daripada kehidupan seharian masyarakat. (Gambar: Allkin Singapore)
Pusat yang dilancarkan pada Sabtu (4 Okt) oleh Presiden Tharman Shanmugaratnam itu merupakan usaha untuk menjadikan kesejahteraan menyeluruh sebahagian daripada kehidupan seharian masyarakat, di samping memudahkan akses kepada penjagaan kesihatan pencegahan.
Agensi khidmat sosial Allkin Singapore akan mengendalikan pusat itu, yang akan menyediakan sokongan kesihatan mental untuk belia berisiko, bantuan kepada pesakit demensia dan penjaga mereka, serta program penuaan aktif. Jika diperlukan, pusat berkenaan juga akan menghubungkan penduduk kepada sumber dan bantuan lain melalui rakan-rakan masyarakatnya.
"Dengan menggabungkan sokongan rakan sebaya, jangkauan masyarakat dan program berasaskan kekuatan individu, pusat jagaan bersepadu ini akan menggerakkan klien, sukarelawan dan rakan masyarakat bagi membina ekosistem jagaan setempat yang saling menyokong kesejahteraan bersama," ulas Pengerusi Allkin, Patrick Lau.
Pusat berkenaan dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 1,500 penduduk setiap tahun. Pelancarannya juga bertepatan dengan sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia.
Sebuah buku panduan baharu turut diperkenalkan, menawarkan panduan penjagaan diri yang praktikal untuk menyokong kesejahteraan mental.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.