Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat beli-belah Orchard, kawasan perumahan pergiat promosi

Para pengunjung boleh menjangkakan lebih banyak kegiatan menarik dan perhiasan di pusat-pusat beli belah, sedang lanskap industri runcit di sini terus berkembang bagi kekal berdaya saing.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Dec 2018 08:36PM Dikemas Kini : 19 Dec 2018 12:25AM

SINGAPURA: Para pengunjung boleh menjangkakan lebih banyak kegiatan menarik dan perhiasan di pusat-pusat beli belah, sedang lanskap industri runcit di sini terus berkembang bagi kekal berdaya saing.

Ini terutama sekali ketara pada musim-musim perayaan.

Menjelang Krismas ini, jalan-jalan raya di Orchard Road dihiasi gerbang-gerbang berwarna warni dan juga watak-watak Disney.

Para pengunjung mengalu-alukan suasana perayaan begini yang juga menarik ramai pelancong setiap akhir tahun. Namun ada peruncit berpendapat hiasan sahaja tidak cukup merangsang pengguna untuk berbelanja.

Pusat-pusat beli belah yang terletak di kawasan perumahan juga tidak mahu ketinggalan menyahut persaingan.

Promosi jualan, persembahan-persembahan dan pengalaman visual ke kawasan Artik merupakan antara daya tarikan yang menanti para pengunjung.

Pusat-pusat beli belah di kawasan ini lazimnya menarik kumpulan pengunjung yang berkeluarga.

Lantaran itu, pusat-pusat beli belah itu perlu kreatif dengan menghiasi gerai-gerai yang mesra kanak-kanak.

Sumber : CNA/HA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan