Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat Beli-Belah Far East ditawarkan buat penjualan en bloc pada S$928 juta

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pusat beli-belah Far East di Orchard Road dilancarkan untuk penjualan kolektif, pada harga S$928 juta, menurut syarikat perkhidmatan hartanah dan pelaburan CBRE pada Isnin (24 Jul).

Tapak di bahagian sudut sebesar 36,014 kaki persegi itu terletak di Orchard Road dan Angullia Park, mempunyai tempoh pegangan selama 999 tahun bermula pada 1871. Sekarang, ia dizonkan bagi penggunaan komersil dan mempunyai kawasan jalan raya dua hala sekitar 130 meter.

Menurut laman web Far East Organization, bangunan itu mempunyai ruang bawah tanah dua tingkat, terutamanya digunakan untuk meletak kereta, podium lima tingkat untuk kedai runcit dan satu blok 10 tingkat bagi pejabat.

Di bawah Pelan Induk 2019, tapak itu terletak kira-kira 200 meter daripada stesen MRT Orchard Road, mempunyai nisbah plot kasar 4.9 yang dibenarkan untuk pembangunan, dengan keluasan lantai keseluruhan (GFA) kira-kira 242,145 kaki persegi, bersamaan plot 6.72.

Tapak tersebut layak untuk menyertai skim Insentif Pembangunan Strategik Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), yang bertujuan untuk menggalak bangunan lama untuk dibangunkan semula di kawasan itu "untuk membina destinasi baharu, menarik di kawasan Orchard Road itu," menurut CBRE.

Menurut ketua pasaran modal Singapura CBRE Michael Tay, Pusat Beli-Belah Far East adalah satu-satunya tapak komersil yang tersedia untuk dijual sepanjang Orchard Road.

Beliau menambah bahawa tapak itu "ditempatkan secara strategik" untuk dijadikan sebahagian daripada rancangan pemerintah, dengan skim SDI yang bertujuan untuk "mempercepatkan pembangunan semula Orchard Road".

Encik Tay menambah bahawa skim SDI "mencadangkan pembinaan sambungan pejalan kaki bawah tanah dari Stesen MRT Orchard yang tersedia dan Stesen MRT Orchard Laluan Thomson-East Coast kepada pembangunan bersepadu baharu itu".

Sedang tapak itu dikhaskan bagi penggunaan komersil, pembida yang berjaya tidak perlu membayar sebarang cukai setem pembeli tambahan (ABSD).

Di bawah skim SDI, pembeli dikehendaki untuk melibatkan diri dengan pembangunan bersepadu bersama dengan tapak bersebelahan dengannya.

Tender awam bagi tapak itu akan tutup pada 3 petang 20 September.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan