Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat beli-belah di bandar, kawasan kejiranan sama sesak menjelang Krismas

Pada hujung minggu terakhir sebelum Krismas, orang ramai semakin sibuk membeli hadiah. Suasana perayaan Krismas juga semakin dirasakan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Dec 2019 09:25PM Dikemas Kini : 22 Dec 2019 09:33PM

SINGAPURA: Pada hujung minggu terakhir sebelum Krismas, orang ramai semakin sibuk membeli hadiah. Suasana perayaan Krismas juga semakin dirasakan.

Pusat beli-belah di Orchard Road semuanya dihias cantik sempena Hari Krismas pada Rabu ini.

Lagu-lagu dan hiasan lampu-lampu di kawasan itu menghangatkan lagi semangat orang ramai dalam membeli hadiah Krismas pada hari-hari terakhir.

KESESAKAN MEMBAWA REZEKI

Seorang peniaga di pusat beli-belah Takashimaya berkata bilangan pembeli semakin ramai dan jualannya juga meningkat 10 peratus berbanding tahun lepas.

Kesesakan pula agak teruk dengan orang ramai membanjiri laluan pejalan kaki.

Namun ia menambah rezeki penjual aiskrim yang jualannya naik tidak kurang 50 peratus berbanding bulan-bulan sebelumnya.

Dalam kesibukan di kawasan Orchard Road, kempen pemasaran yang semakin giat menambahkan lagi kemeriahan suasana perayaan Krismas.

KAWASAN PERUMAHAN JUGA RASA BAHANG BELI-BELAH

Di pusat beli-belah Jurong East Mall (JEM) pula, suasananya tidak kurang hangat. Walaupun tidak terletak di kawasan bandar, suasana sambutan Krismas di sini begitu ketara.

Ada pengunjung sibuk mencari hadiah untuk ahli keluarga dan rakan sekerja pada hujung minggu terakhir sebelum Krismas ini. Ada pula yang baru pertama kali ke situ.

Lebih menarik lagi, ramai kalangan pengunjung di JEM berkata mereka lebih suka menghabiskan masa di Jurong kerana ia satu cara untuk mengelak daripada kesesakan di kawasan bandar.

Para peniaga di JEM pula berkata jualan mereka lebih banyak minggu ini kerana para pembeli mengambil kesempatan daripada potongan harga yang diberikan.

Malah, tempat letak kereta di JEM sudah penuh sebelum 1.00 tengah hari tadi.

Ramai juga yang terpaksa beratur panjang di luar kedai-kedai. Namun, semua ini tidak menghambat semangat perayaan mereka.  

Sumber : CNA/HK/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan