Pusat beli-belah baharu di Pasir Ris, dilengkapi 1,000 tempat letak basikal, ruang hijau
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pusat beli-belah baharu di Pasir Ris dirasmikan pada Isnin (22 Jul) dan bakal menjadi sebuah destinasi mesra basikal.
Kemudahan baharu itu adalah sebahagian daripada projek Membentuk Semula Estet HDB, yang bertujuan menaik taraf estet-estet perumahan, terutama sekali estet perumahan lebih matang.
Para pengayuh basikal boleh meletakkan basikal mereka di lebih 1,000 tempat letak basikal yang disediakan.
Mereka juga boleh menggunakan kemudahan-kemudahan mandi yang disediakan.
Selain kedai dan restoran, pusat beli-belah ini juga dilengkapi dengan ruang hijau.
Sebatang laluan pula akan dihubungkan kepada Central Greenway yang memberikan akses langsung ke taman dan pantai Pasir Ris.
Pusat beli-belah baharu ini dirasmikan oleh Menteri Kanan Teo Chee Hean siang tadi.
Menurut beliau, lebih banyak kemudahan akan disediakan dalam masa beberapa tahun akan datang, termasuk sebuah poliklinik baharu.
Encik Teo berkata: "Seluruh pembangunan ini akan dihubungkan dengan pembangunan perumahan sedia ada dan yang bakal dibina di kawasan ini supaya para penduduk boleh ke sini dengan lebih mudah lagi, sama ada dengan berjalan kaki, atau menaiki basikal, bas atau kereta.
"Bersama-bersama dengan Taman Bandar, Pusat Sukan, Pusat Penjaja dan White Sands, Pusat Bandar kami akan menjadi pusat yang baharu dan bertenaga di Pasir Ris. "

Sumber : CNA/AI/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.