Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat baru kajian demensia dalam kalangan orang Asia dilancarkan

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Apr 2022 08:31PM Dikemas Kini : 25 Apr 2022 09:06PM

SINGAPURA: Sebuah pusat baru yang mengkaji demensia di kalangan orang Asia dilancarkan hari ini (25 April).

Pusat kajian itu bekerjasama dengan hospital-hospital tempatan untuk merekrut 1,500 pesakit yang mengalami demensia tahap awal.

Ia kemudian akan menyiasat puncanya dan menyediakan kaedah intervensi.

Bagi Encik Suri Abu, ibunya yang berusia 82 tahun sudahpun menunjukkan tanda-tanda awal demensia.

Lantaran itulah, pesara berusia 66 tahun ini dan isterinya Cik Junaina Sumadi 61 tahun mahu tahu lebih banyak lagi maklumat mengenai penyakit demensia.

Serta, bagaimana beliau nanti dapat memberikan jagaan sebaiknya untuk ibu beliau.

Malah ada satu lagi pertimbangan yang menyebabkan Encik Abu menyertai kajian lima tahun oleh Pusat Kajian Demensia ini.

"Semua ujian yang saya jalani adalah sesuatu yang baru bagi saya, pengalaman baru bagi saya dan saya dapati sebenarnya kita akan dapat mengukur situasi kita. Apakah kita mengarah ke demensia atau tidak. Berapa jauh kita daripada demensia itu," ujar Encik Suri Abu

Pusat di Sekolah Perubatan Lee Kong Chian Universiti Teknologi Nanyang memberi tumpuan kepada pengesanan awal.

Di situ, para peserta menjalani beberapa ujian termasuk memberikan contoh darah bagi menilai faktor risiko, selain mengambil ujian-ujian kognitif termasuk imbasan otak menerusi MRI.

Hampir 70 pesakit menyertai projek Pusat Kajian Demensia buat masa ini.

Di Singapura, satu dalam setiap 10 orang berusia 60 tahun ke atas mengalami kehilangan fungsi kognitif.

Bilangannya dijangka terus bertambah sedang rakyat negara ini menua.

Menurut pusat itu lagi, risiko menghidap demensia meningkat antara 10 hingga 15 peratus setiap tahun bagi orang yang mengalami masalah kognitif ringan.

Pengarah Perkhidmatan Perubatan Kementerian Kesihatan, Prof Madya Kenneth Mak berkata pusat kajian tersebut juga mahu menggunakan kecerdasan buatan dan teknologi lain demi mencari strategi-strategi baru bagi pencegahan dan rawatan demensia.

Kajian ini tertumpu kepada para pesakit Asia kerana mereka didapati tiga kali lebih berkemungkinan mengalami keadaan lesi pada otak berbanding orang kulit putih.

Buat masa ini 55 juta penduduk dunia menghidap demensia, dan bilangannya dijangka berganda menjelang 2050.

Sumber : Agensi berita/DY/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan