Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat baru di Outram bakal tawar khidmat pemulihan, kaunseling pesakit barah

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Khidmat pemulihan dan kaunseling yang lebih baik bagi para pesakit barah.

Demikian matlamat sebuah pusat baru di Outram yang dijadual dibuka pada suku pertama tahun depan.

Pusat itu adalah hasil kerjasama Persatuan Barah Singapura dengan Pusat Barah Nasional Singapura.

Untuk membantu membiayai kegiatan derma Persatuan Barah, hampir sejuta dolar berjaya dikumpulkan sejauh ini menerusi acara 'Race Against Cancer'. Singtel membuat sumbangan $250,000.

'Race Against Cancer' adalah perlumbaan pertama diadakan secara fizikal oleh persatuan tersebut sejak pandemik melanda.

Dana terkumpul akan mendorong usaha-usaha untuk membantu para pesakit barah.

Sebuah lagi pusat serupa akan dilancarkan tahun depan dengan kerjasama Pusat Barah Universiti Nasional.
 
Sumber : CNA/ZM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan