Skip to main content

Singapura

Pusat baru bantu penduduk, warga emas kurangkan tekanan

Para warga tua dan penjaga mereka kini boleh menikmati khidmat terapi aroma dan urutan tangan secara percuma di sebuah pusat baru di Yishun - pusat yang pertama seumpamanya di Singapura dan bertujuan menggalak penuaan yang aktif.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 25 Nov 2018 10:41PM Dikemas Kini : 25 Nov 2018 10:48PM

SINGAPURA: Para warga tua dan penjaga mereka kini boleh menikmati khidmat terapi aroma dan urutan tangan secara percuma di sebuah pusat baru di Yishun.

Pusat itu merupakan yang pertama seumpamanya di Singapura dan bertujuan menggalak penuaan yang aktif.

Dipanggil Goodlife!@Yishun, pusat itu berharap untuk mengurangkan tekanan yang dialami para penduduk serta warga tua.

Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Luar K Shanmugam dan Anggota Parlimen Lee Bee Wah hadir di pembukaannya hari ini (25 Nov).

Cik Lee berkata pusat itu merupakan tambahan kepada rangkaian khidmat kesihatan yang tersedia buat para penduduk di kawasan Nee Soon South.  

Sumber : CNA/NT/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita