Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat barah payudara pertama dibuka di S'pura

Sebuah pusat baru dibuka khusus untuk para pesakit barah payudara, mereka yang sudah sembuh serta para penjaga pesakitnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Jan 2022 07:36PM Dikemas Kini : 20 Jan 2022 09:37PM

SINGAPURA: Sebuah pusat baru dibuka khusus untuk para pesakit barah payudara, mereka yang sudah sembuh serta para penjaga pesakitnya.

Pusat itu menyediakan sokongan psikologi-sosial, emosi dan pemulihan kepada golongan tersebut. Ia menyediakan ruang yang selamat bagi para pesakit bergaul, berkongsi pengalaman dan menyokong satu sama lain.

Terletak di Sin Ming, pusat itu dicat dengan warna-warna terang.

Menurut Yayasan Barah Payudara, ia melambangkan semangat perjuangan para pesakitnya untuk sembuh.

Ruang-ruang khas seperti bilik kaunseling dan studio kecergasan jasmani membolehkan para pesakit dan penjaga berinteraksi secara bebas antara satu sama lain.

Tempatnya yang luas memberi ketenangan bukan sahaja bagi para pesakit namun juga para penjaga mereka.

Barah payudara terus menjadi penyakit utama dalam kalangan wanita berusia lebih 50 tahun. Setiap tahun, lebih 2,000 wanita dikesan menghidap barah itu.

Lantaran itu, pemeriksaan mamogram secara kerap amat penting untuk mengesan dan merawat barah tersebut lebih awal.

Sumber : CNA/IQ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan