Pusat baharu operasi bersama Home Team dibina jelang 2032 bagi pertingkat kecekapan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebuah Pusat Operasi Bersama Home Team akan dibina menjelang tahun 2032.
Kemudahan itu diharap dapat membantu pihak berkuasa memberi respons kepada insiden dengan lebih pantas dan menyeluruh.
Pada masa ini, agensi-agensi seperti polis dan Pasukan Pertahanan Awam, SCDF, mengendalikan pusat dan talian hotline masing-masing.
"Kami melakarkan konsep Pusat Operasi Home Team, konsep operasi dan mengapa kami menyatukan semua pusat dalam jabatan Home Team untuk bekerjasama di bawah satu bumbung.
"Ini akan mendorong kerjasama yang lebih rapat. Dengan memanfaatkan perpaduan dan kekuatan setiap jabatan Home Team, saya yakin bahawa sinergi yang lebih hebat ini akan meningkatkan ketangkasan dan kecekapan pasukan Home Team dalam menangani cabaran-cabaran baharu," jelas Encik Lawrence Tan, Penolong Komander, Jabatan Pantai.
Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam mengumumkan penubuhan pusat baharu itu di acara Hari Home Team yang diadakan pertama kalinya.
Beliau berkata: "Kami pernah melihat bagaimana sinergi, kerjasama ini dapat membantu kita menangani dengan baik isu-isu seperti ancaman yang timbul sejak insiden pada 11 September, runtuhan sebahagian jalan raya di Nicoll Highway, rusuhan di Little India dan pandemik COVID-19.
"Disebabkan oleh pemikiran "Satu Home Team" ini, kita dapat mencapai lebih banyak lagi," ujar Encik Shanmugam.
Home Team juga sedang meninjau kemungkinan menubuhkan Pangkalan Maritim Bersama bagi Pasukan Polis Pegawal Pantai, SCDF serta Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan, ICA.
Pada masa ini, Pasukan Polis Pengawal Pantai mengendalikan empat pangkalan.
Divisyen maritim SCDF pula terletak di Pulau Brani.

Sumber : CNA/AI/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.