Pusat baharu ditubuhkan bantu majikan reka semula pekerjaan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Satu pusat baharu ditubuhkan bagi membantu para majikan untuk mereka semula pekerjaan.
Pusat itu akan menyediakan kepakaran daripada para karyawan sumber manusia (HR)
serta panduan selangkah demi selangkah bagi membantu firma mengubah tenaga kerja masing-masing.
Mereka semula pekerjaan melibatkan penyusunan semula tugas dan peranan, untuk membantu perniagaan mencapai perubahan.
Ia juga bertujuan mewujudkan jenis pekerjaan dengan nilai lebih tinggi.
Di pelancaran Pusat Kecemerlangan Reka Semula Pekerjaan pada Rabu (15 Nov), lebih 20 persatuan perdagangan berikrar untuk menggalak syarikat kerabat agar menyertakan reka semula pekerjaan ke dalam amalan HR mereka.
Syarikat-syarikat juga berpeluang mendapatkan pandangan praktikal daripada sebuah panel pakar, terdiri daripada golongan profesional serta para ahli akademik.
Di pelancaran pusat tersebut, Menteri Tenaga Manusia Dr Tan See Leng turut mengumumkan pembentukan satu pakatan bertindak yang baharu.
Ia bertujuan memperluaskan akses kepada bakat.
Pakatan itu memberi tumpuan kepada sektor seperti pengilangan dan runcit, selain menawarkan huraian bagi membantu para majikan mengambil dan mengekalkan bakat.
"Dalam persekitaran yang cukup bersaing hari ini, perniagaan mesti pantas menyesuaikan diri untuk berjaya. Mempunyai sebuah pasukan yang bersedia mengharungi gelombang perubahan memberi kelebihan daya bersaing untuk firma anda terus mampu bertakat," kata Dr Tan.
"Untuk tujuan ini, pakar HR mesti membayangkan semula masa depan pekerjaan dan merungkai kesan trend luaran ke atas pertubuhan anda," tambahnya.

Sumber : CNA/FZ/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.