Pusat baharu di SG main peranan lebih besar bantu tangani isu jerebu akibat kebakaran hutan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Roslan Rahman)
SINGAPURA: Singapura akan memainkan peranan lebih besar dalam membantu rantau ini mengesan jerebu akibat kebakaran hutan dengan lebih baik lagi.
Ini supaya negara-negara boleh bertindak balas dengan lebih pantas.
Komitmen itu dibuat selepas Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) memilih Singapura sebagai pusat pertama di Asia untuk menangani isu kebakaran hutan.
Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu berkata, sepanjang lebih tiga dekad lalu, Singapura menyokong usaha pemantauan, penilaian dan amaran awal jerebu.
"Pusat ini bertujuan menyediakan maklumat bagi menyokong usaha mencapai keputusan dalam tindak balas kecemasan, perlindungan alam sekitar, pengurusan kesihatan awam, pengurusan kebakaran dan pelaksanaan undang-undang,"kata Cik Fu.
"Kami berharap bahawa data iklim ini akan membolehkan rakan-rakan kongsi serantau untuk melakar dan menyesuaikan strategi penyesuaian iklim masing-masing," tambahnya.
Dengan menggunakan model-model peramalan yang disediakan, tumpuan utama pusat tersebut adalah untuk mengenal pasti sejauh mana jerebu boleh merebak.
Ia juga menyediakan maklumat mengenai jenis jerebu yang melanda rantau ini, serta bekerjasama dengan para pemain industri untuk menghasilkan huraian bagi menanganinya.
Memandangkan ASEAN berisiko kehilangan 35 peratus Hasil Kasar Dalam Negerinya (GDP) menjelang 2050 ekoran perubahan iklim, saintis menarik perhatian terhadap keperluan mendesak untuk mengesan dan meramalkan pergerakan jerebu dengan lebih baik lagi.
"Bidang-bidang yang mendalami bagaimana asap jerebu mungkin bergerak di rantau ini. Itu antara bidang yang akan menjadi tumpuan pusat baharu ini, dan meneroka melangkaui apa yang ada sekarang ini, jika ada rakan-rakan kongsi baharu yang boleh menyertainya, kajian baharu yang boleh diterapkan dalam operasi, dan kemudian kami akan menjadikannya tersedia untuk kegunaan rantau ini," kata Pengarah Pusat Metereologi Khusus ASEAN, Koh Li Na.
"Pusat itu akan menambahkan keupayaan di peringkat serantau dengan tumpuan serantau, dan penekanan serantau. Itu penting bagi kami di WHO dan bagi dunia untuk prihatin tentang apa yang berlaku di Asia Tenggara," kata Profesor Celeste Saulo, Setiausaha Agung Pertubuhan Metereologi Sedunia (WMO).

Sumber : CNA/IA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.