Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat baharu di Bukit Batok East sediakan pemeriksaan percuma kesan kencing manis bagi penduduk muda

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 28 Oct 2023 06:40PM Dikemas Kini : 28 Oct 2023 09:04PM
SINGAPURA: Jika anda seorang penduduk Bukit Batok East, anda kini boleh menjalani pemeriksaan percuma untuk mengesan penyakit kencing manis di Pusat Sumber Kesihatan Masyarakat Nature View yang baharu.

Pusat itu menyasarkan rakyat Singapura berusia antara 18 hingga 39 tahun, serta mereka yang mempunyai sejarah penyakit kencing manis dalam keluarga.

Tinjauan Kesihatan Penduduk Nasional menunjukkan, kadar kencing manis yang tidak didiagnosis adalah tertinggi dalam lingkungan usia tersebut.

Berdasarkan hasil ujian, para pengurus pusat yang terlatih akan memberikan nasihat kesihatan.

Bagi mereka dengan hasil ujian yang tidak normal, pusat itu akan bekerjasama dengan doktor keluarga dan poliklinik bagi menghulurkan bantuan perubatan.

Pusat itu juga mahu mendidik orang ramai tentang apa yang boleh dilakukan untuk melengahkan atau mencegah kencing manis.

Ini termasuk mengekalkan berat badan yang sihat serta rajin bersenam.

"Masih ramai lagi yang mungkin belum punya kesedaran dan amat penting untuk kita sampaikan informasi ini kepada lebih ramai penduduk.

"Kita dapat menyediakan satu ruang untuk penduduk dapat tahu lebih informasi dan juga bagi mereka yang mungkin, anak-anak muda yang mungkin tidak sedar bahawa mereka mungkin akan dapat kencing manis.

"Mereka boleh dapatkan penilaian dan pemeriksaan yang akan membantu mereka dalam menghadapi isu ini," kata Cik Rahayu Mahzam, Setiausaha Parlimen Kanan, Kesihatan.

Menurut Hospital Besar Ng Teng Fong, lebih banyak pusat sedemikian mungkin dibuka di bahagian barat Singapura, mengikut keperluan para penduduk.

Semua itu adalah antara usaha menggalak warga melangkah ke arah gaya hidup yang lebih sihat.
Sumber : CNA/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan