Pusat baharu ACICE bertujuan galak respons kolektif ASEAN kepada cabaran siber
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Meningkatkan kerjasama antara negara-negara ASEAN bagi mengekang ancaman digital.
Ini bakal dicapai menerusi penubuhan sebuah pusat baharu bagi menggalak perkongsian maklumat, serta mengeluarkan amaran awal.
Ini lebih-lebih lagi memandangkan ancaman digital kini semakin kompleks.
Ancaman seperti serangan siber dan kempen salah maklumat semakin meluas dalam era digital.
Ia juga bertambah rumit, dan boleh menular dengan cepat, membawa kesan yang buruk.
Untuk menangani cabaran sedemikian, Menteri Pertahanan Ng Eng Hen berkata, usaha rentas negara kini semakin genting.
Salah satu contoh ialah Pusat Kecemerlangan bagi Keselamatan Siber dan Maklumat ADMM (ACICE) yang baru dilancarkan.
Antara tujuan utama pusat tersebut adalah memudahkan perkongsian maklumat antara pakar-pakar digital di peringkat serantau dan antarabangsa.
Dr Ng berkata: "Ini seharusnya termasuk amaran tentang kelemahan 'zero-day' dan perisian hasad dalam sistem-sistem milik tentera atau awam. Juga perlu diperluas bagi meningkatkan keseluruhan keselamatan siber ASEAN - termasuk melaporkan tentang penipuan online, memancing data, pemalsuan berita dan manipulasi digital, serta langkah pencegahan yang boleh dilakukan. Amaran awal sebegini mampu mencegah kesan serius."
Walaupun pusat ACICE di Changi baru sahaja dirasmikan, kerja-kerja sudah bermula sejak 2021.
Pada Februari lalu, ia memulakan satu wadah untuk negara-negara ASEAN berkongsi data tentang perisian hasad dan ancaman siber.
Sebuah panel pakar turut dibentuk bagi memberi pandangan berkenaan trend-trend digital yang baru.
Menjelang 2024, pusat itu merancang untuk menganjurkan lebih banyak kursus berkaitan alam siber.
Ia turut berharap untuk meluaskan kerjasama dengan pakar-pakar serantau dan antarabangsa.

Sumber : CNA/IQ/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.