Purata 10 hingga 11 NSF meninggal dunia setiap tahun semasa berkhidmat: Chan Chun Sing
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail anggota perkhidmatan di Singapura. (Gambar fail: CNA/Jeremy Long)
An average of 10 to 11 NSF die each year while serving: Chan Chun Sing
- From 2016 to 2025, an average of 10 to 11 Full-time National Servicemen (NSFs) died each year while serving in the SAF, SPF and SCDF.
- Minister for Defence Chan Chun Sing said suicide was the leading cause, followed by road accidents, while illnesses and other causes also claimed lives.
- About four NSFs died by suicide each year, at a rate of 0.009 per cent, lower than the national rate of 0.014 per cent for men in 2024.
- Responding to questions from MPs Fadli Fawzi and Kenneth Tiong in Parliament on Nov 3, Chan said MINDEF and MHA investigate every death, take preventive steps where appropriate, and issue statements on deaths in camp or while on duty.
- Dari 2016 hingga 2025, purata 10 hingga 11 anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) meninggal dunia setiap tahun ketika berkhidmat dalam SAF, SPF dan SCDF.
- Menteri Pertahanan Chan Chun Sing berkata bunuh diri ialah punca utama, diikuti kemalangan jalan raya, sementara penyakit dan sebab lain turut meragut nyawa.
- Kira-kira empat NSF meninggal dunia akibat bunuh diri setahun, dengan kadar 0.009 peratus, lebih rendah daripada kadar lelaki nasional 0.014 peratus pada 2024.
- Menjawab soalan AP Fadli Fawzi dan Kenneth Tiong di Parlimen pada 3 November, Chan berkata MINDEF dan MHA menyiasat setiap kematian, mengambil langkah pencegahan jika sesuai, serta mengeluarkan kenyataan bagi kematian di kem atau ketika bertugas.
SINGAPURA: Secara purata, antara 10 hingga 11 anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) meninggal dunia ketika berkhidmat setiap tahun dari 2016 hingga 2025, kata Menteri Pertahanan Chan Chun Sing pada Selasa (3 Nov).
Kematian itu berpunca daripada pelbagai sebab, termasuk bunuh diri, kemalangan jalan raya dan sebab semula jadi seperti penyakit, menurut Encik Chan dalam jawapan bertulis di Parlimen.
Selaras dengan trend nasional bagi lelaki berusia antara 10 hingga 30 tahun, punca utama kematian ialah bunuh diri, diikuti kemalangan jalan raya.
Encik Chan menjawab pertanyaan AP Fadli Fawzi (WP-Aljunied) mengenai jumlah NSF yang meninggal dunia akibat sebab bukan semula jadi dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) sepanjang sedekad lalu.
Encik Fadli turut bertanya mengenai punca utama kematian tersebut dan langkah yang diambil untuk mengurangkan kejadian sedemikian.
Setiap tahun, sekitar 45,000 lelaki warga Singapura dan penduduk tetap (PR) menjalani Perkhidmatan Negara (NS) sepenuh masa dalam ketiga-tiga perkhidmatan pakaian berseragam itu.
“Dalam tempoh yang sama, secara purata sekitar empat NSF meninggal dunia akibat bunuh diri setiap tahun. Ini bersamaan kadar bunuh diri tahunan purata 0.009 peratus dalam kalangan NSF,” kata Encik Chan.
Beliau berkata kadar itu lebih rendah berbanding kadar bunuh diri nasional sebanyak 0.014 peratus bagi lelaki pada 2024, iaitu tahun terkini dengan angka bunuh diri nasional yang sudah dimuktamadkan.
“Di sebalik angka-angka ini, setiap kematian merupakan kehilangan nyawa yang tragis dan meninggalkan keluarga serta orang tersayang dalam kesedihan. Kami memandang serius setiap kehilangan nyawa dan menyampaikan takziah sedalam-dalamnya kepada keluarga yang terjejas,” kata Encik Chan.
Beliau menambah bahawa Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) memandang serius keselamatan dan kesejahteraan setiap NSF.
Setiap kematian disiasat secara menyeluruh dan, jika relevan, langkah akan dilaksanakan bagi mengurangkan kemungkinan kejadian serupa berulang, katanya.
Menjawab pertanyaan AP Kenneth Tiong (WP-Aljunied) mengenai penerbitan angka tersebut, Encik Chan berkata MINDEF dan MHA mengeluarkan kenyataan media apabila seseorang anggota perkhidmatan negara meninggal dunia di kem atau ketika menjalankan tugas.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.