Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pupuk minat pelajar dalam bidang penerbangan

Memberi pendedahan tentang tugas juruterbang dan mengetahui lebih lanjut mengenai bidang penerbangan.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Memberi pendedahan tentang tugas juruterbang dan mengetahui lebih lanjut mengenai bidang penerbangan.

Demikian satu antara matlamat sebuah inisiatif Yayasan MENDAKI dan Persatuan Juruterbang Syarikat Penerbangan Singapura (ALPA-S) untuk mencetus minat golongan pelajar dalam bidang tersebut.

Ia diadakan dengan sokongan syarikat Aeroviation Private Limited.

Sekumpulan pelajar sekolah menengah, Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan Politeknik berpeluang "mengemudi pesawat" di sekolah penerbangan Aeroviation petang tadi (20 Jan).

Sesi simulator penerbangan memberi mereka permulaan awal untuk belajar tentang pelbagai bidang kerjaya dalam industri penerbangan.

Mereka diberi peluang mencuba beberapa simulator seperti sistem yang memerlukan mereka mengawal pesawat dan memastikan ia bergerak secara aktif di atas landasan.

Aeroviation telah memperuntukkan ALPA-S dan MENDAKI sebanyak 24 slot untuk pelajar Melayu/Islam.

Setakat ini, seramai 52 pelajar sekolah menengah, ITE dan Politeknik sudahpun menghadiri sesi simulator penerbangan yang disediakan.



Tetamu terhormat Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli memuji usaha untuk memupuk minat dalam bidang penerbangan dalam kalangan para pelajar Melayu/Islam.

Di samping itu, beliau memberi dorongan kepada para pelajar yang hadir di sesi hari ini supaya terus memberikan yang terbaik di sekolah dan memanfaatkan segala peluang-peluang yang ditawarkan. 



"Saya sangat teruja, mereka yang jadi juruterbang, juga mahu sama-sama menyumbang meningkatkan lagi taraf pencapaian anak-anak kita. 

"Ini adalah satu petanda bahawa masyarakat dan karyawan kita sangat prihatin dan mahu menyumbang dalam usaha meningkatkan tahap kemajuan masyarakat. Sekaligus ini juga memberi para pelajar kita pengetahuan, ilmu yang mereka harus ada dan capai supaya mereka tidak tergenjot daripada cita-cita mereka," kata Encik Masagos.

Lantaran ini, Yayasan MENDAKI akan terus bekerjasama dengan badan-badan komersil dan juga persatuan-persatuan karyawan untuk membuka peluang kepada para pelajar Melayu/Islam mengenali bidang-bidang yang bukan konvensional. 

"Kami amati bahawa ramai daripada pelajar kita tidak mempunyai lingkaran kenalan ataupun berpeluang untuk mencuba dan mengetahui dengan lebih lanjut dengan butiran yang lebih terperinci mengenai peluang-peluang yang ada di dalam industri seperti ini. Jadi ini adalah salah satu ikhtiar kami untuk menjemput mereka untuk masuk ke dalam suasana sedemikian," ujar Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MENDAKI Cik Zulaiha Yusuf.

Sumber : BERITA Mediacorp/NA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan