Puntung rokok punca kebakaran di Bedok North, 3 maut termasuk kanak-kanak 3 tahun
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/SCDF)
SINGAPURA: Seorang kanak-kanak perempuan tiga tahun dan bapanya maut tahun lalu selepas menghidu asap dari api yang tercetus oleh puntung rokok yang ditinggalkan rakan serumahnya di sebuah flat di Bedok.
Demikian menurut siasatan koroner.
Kematian satu lagi individu, iaitu teman wanita kepada lelaki yang meninggalkan puntung rokoknya, disahkan berpunca daripada kelecuran yang teruk, serta menghidu asap kebakaran.
Koroner Negara Adam Nakhoda pada Rabu (22 Nov) memutuskan bahawa kematian Tan Hui En, seorang rakyat Malaysia berusia tiga tahun, ayahnya Tan Soon Keong, 35 tahun, dan rakan serumah mereka, Chan Ai Aileen, 56 tahun, sebagai insiden yang malang.
Menurutnya, tiada sebarang perbuatan dengki terlibat. Koroner Negara juga menambah bahawa keluarga Cik Chan berpendapat bahawa kebakaran tersebut berlaku secara tidak sengaja.
Meskipun beliau tidak menemui mana-mana penyewa yang menyimpan barang-barang terbuang di flat yang terletak di Blok 409 Bedok North Avenue 2, ia jelas bahawa terdapat beberapa kotak kadbod yang disimpan di ruang tamu.
Pada pagi kejadian yang berlaku pada 13 Mei 2022, Encik Ithnin bangun pada sekitar pukul 5.20 pagi dan bersiap untuk ke kerja.
Cik Chan sedang menyediakannya sarapan, ketika Encik Ithnin menyalakan rokok di bilik tidur utama dan bersiap untuk ke kerja.
Dia kemudian duduk di kerusi malas di ruang tamu untuk memakai kasutnya.
Koroner menemui bahawa Encik Ithnin meletakkan rokoknya yang dinyalakan di hujung kotak kadbod yang ditimbun, bersebelahan kerusi malas, supaya dia dapat memakai kasutnya.
Cik Chan kemudian memberinya sarapan yang dibekalkan, sebelum Encik Ithnin beredar untuk ke kerja. Namun, dia terlupa untuk mengambil rokoknya.
Pada kira-kira 5.40 pagi atau 5.45 pagi, ketika Encik Ithinin sedang memandu, dia teringat tentang rokok itu.
Pada masa tersebut, rokok itu sudah terbakar selama 10 hingga 15 minit tanpa disedari sesiapa, kata koroner.
Selepas menyedari ia boleh menyebabkan bahaya, Encik Ithnin menghantar dua mesej suara kepada Cik Chan untuk memadamkan rokok tersebut.
Berdasarkan mesej yang dibalas Cik Chan kepada Encik Ithnin pada pukul 5.47 pagi, koroner mendapati bahawa Cik Chan sudah mengambil dan membuang rokok itu.
Menurut mesej Whatsapp yang dibalas Cik Chan, koroner mendapati bahawa rokok tersebut sudah terbakar sehingga menjadi puntung, dan ia sudah menyentuh kotak kadbod.
Menurutnya, bahan mudah terbakar itu terus membara sehingga menyebabkan kebakaran sebelum pukul 6.25 pagi.
Semasa penghuni flat itu menyedari kebakaran tersebut, ia sudah tercetus menjadi api yang marak dan mengeluarkan asap yang banyak.
Cik Chan mengalami kelecuran teruk dan maut di tempat kejadian, manakala Encik Tan dan anak perempuannya maut akibat menghidu asap kebakaran sehingga rebah, kata koroner.
Encik Tan dan anak perempuannya dihantar ke hospital namun tidak dapat diselamatkan.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.