Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PUNCAK JAYA: Raikan Ilmu tutup tirai dengan sesi dialog dihadiri 300 peserta

Anggaran Waktu Membaca:


SINGAPURA: Hampir 300 individu Melayu/Islam berkumpul hari ini (20 Okt) bagi berkongsi pandangan dan idea mereka untuk membawa masyarakat lebih maju lagi.

Selain bertukar pendapat, para peserta yang terdiri daripada para karyawan dalam industri-industri berkembang serta para relawan, juga berkesempatan untuk melebarkan jaringan dan kapital sosial mereka.



Sesi dialog itu turut disertai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Lawrence Wong dan Menteri Negara Kanan Pertahanan dan Tenaga Manusia, Zaqy Mohamad.

Acara #MakingConnections itu juga melabuhkan tirai kempen Raikan Ilmu 2022 dan sambutan sempena ulang tahun MENDAKI yang ke-40.

ISU BERKAITAN MASYARAKAT MELAYU/ISLAM & KOMPAK SOSIAL DIBINCANGKAN

Antara topik yang menjadi perbincangan termasuk pembinaan kompak sosial, peluang pekerjaan dan cara untuk membantu warga emas di Singapura hidup dengan lebih selesa.

Dalam rumusannya di luar sesi dialog itu pula, Encik Zaqy yang juga Timbalan Pengerusi MENDAKI berkata acara demikian penting bagi meniti hala tuju masyarakat.

Ini di samping mengenal pasti cara-cara bagaimana MENDAKI dapat menyumbang kepada masyarakat.



Antaranya termasuk membantu masyarakat meraih manfaat daripada peluang-peluang yang sedia ada meskipun dunia kini mengharungi pelbagai cabaran.

"Kita juga melihat aspirasi masyarakat sedang berubah dan kita mahu melihat bagaimana pemerintah dapat memainkan peranan ataupun melakarkan kompak sosial yang baru dengan masyarakat dan bagaimana kita bukan sahaja dapat meraih manfaat daripada dasar-dasar atau skim pemerintah tetapi bagaimana masyarakat dapat juga memberi sumbangan mereka," kongsi Encik Zaqy.



Di samping itu, beliau juga menekankan kepentingan Hala Tuju Singapura sebagai wadah mengukuhkan lagi perpaduan masyarakat.

"Kita memberikan input supaya pemerintah dapat membawa atau melakarkan dasar-dasar yang sesuai untuk kita mencapai aspirasi kita dan untuk kita teruskan dialog ini dengan masyarakat," ujar Encik Zaqy.

"Jadi bagi saya, amat penting di mana kita juga sudah menutup tirai dengan dialog ini supaya masyarakat dapat membawa aspirasi mereka, pandangan mereka dan perspektif mereka dalam Hala Tuju bagi Singapura," tambahnya lagi.

Sepanjang perbincangan selama sejam itu, para peserta juga dapat mendengar perspektif pandangan dari pelbagai pihak.

Sumber : BERITA Mediacorp/nj
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan