Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PUNCAK JAYA: Jadikan MENDAKI rakan untuk timba ilmu: Zaqy

Anggaran Waktu Membaca:
PUNCAK JAYA: Jadikan MENDAKI rakan untuk timba ilmu: Zaqy

Timbalan Pengerusi MENDAKI, Encik Zaqy Mohamad, di Pesta Pembelajaran MENDAKI.

SINGAPURA: Pesta Pembelajaran MENDAKI hari ini (22 Okt) menerima sambutan memberangsangkan dengan lebih 3,000 orang menyertainya.

Dianjurkan Yayasan MENDAKI sempena Raikan Ilmu yang berlangsung sepanjang bulan ini, ia menawarkan aktiviti serta peluang pembelajaran kepada pelbagai lapisan masyarakat

Pelbagai kegiatan belajar sambil bermain yang boleh dilakukan ibu bapa bersama anak-anak di rumah disediakan.
Selain itu terdapat juga kegiatan yang memberi tumpuan kepada penggunaan teknologi yang menggalak para pengunjung meraih kemahiran baru dan mengambil bahagian dalam kegiatan yang berkisar kepada Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik - atau S.T.E.A.M.

Tujuannya untuk mencetuskan daya kreativiti dan membangunkan minat belajar bersama dalam kalangan keluarga.

Para pengunjung dewasa pula berpeluang mengambil peluang untuk mengumpul maklumat dari gerai peningkatan kemahiran.

Tahun ini, MENDAKI antara lain bekerjasama dengan Politeknik Republik, SkillsFuture, Hab Pembelajaran NTUC, Persatuan Rakyat, Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) untuk memupuk semangat pembelajaran sepanjang hayat dalam masyarakat.

"Kita melihat sambutan yang baik antara bukan saja dari anak-anak kita tapi juga dari ibu bapa yang menunjukkan keprihatinan terhadap anak mereka dan pelajaran anak mereka. Kita mahu membawa nilai di mana ilmu dan pembelajaran bukan sahaja di bilik darjah tapi juga di rumah untuk sepanjang hayat," kata Timbalan Pengerusi MENDAKI Encik Zaqy Mohamad.

Encik Zaqy berharap masyarakat akan menjadikan Mendaki sebagai rakan untuk mereka menimba ilmu.

Pada sebelah pagi, Encik Zaqy juga berpeluang menyertai satu sesi perbincangan panel serta perkongsian YOUth@M³ bersama kira-kira 50 pelajar institut pengajian tinggi dan ibu bapa mereka di Kelab Masyarakat Marsiling.

Setiausaha Parlimen Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan, Rahayu Mahzam pula menghadiri acara Amalan Masyarakat (COP) ke-7 anjuran Pejabat Mentor Belia (YMO) MENDAKI.

Sesi di SAFRA Toa Payoh itu dihadiri kira-kira 30 mentor dan menti.
Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan