Puluhan orang akan didakwa di bawah undang-undang antipenipuan baharu
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seramai 40 orang, berusia antara 18 dengan 43 tahun, akan didakwa di mahkamah bagi kesalahan baharu berkait dengan aktiviti keldai wang berkaitan penipuan.
Menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Ahad (8 Sep), siasatan menunjukkan bahawa mereka menyerahkan atau menjual akaun bank atau butiran Singpass mereka, yang membolehkan sindiket jenayah menjalankan aktiviti pengubahan wang haram.
Ini adalah kali pertama individu tersebut didakwa selepas pindaan dilaksanakan tahun lalu untuk memberi polis lebih banyak kuasa untuk mendakwa keldai wang dan mereka yang menjual butiran Singpass kepada penipu.
Kesalahan baharu itu diperkenalkan melalui pindaan Akta 1992 Rasuah, Pengedaran Dadah dan Jenayah Berat Lain (Rampasan Faedah) (CDSA) dan Akta Penyalahgunaan Komputer.
Kesalahan tersebut mula berkuat kuasa pada 8 Februari.

Tiga puluh tiga lelaki dan tujuh wanita tersebut akan didakwa dari 9 higga 11 September, tambah polis.
Sebahagian daripada mereka didakwa menipu bank untuk membuka akuan dan menyerahkan kad ATM dan butiran perbankan online kepada individu tidak dikenali. Individu lain dituduh menyerahkan butiran Singpass mereka secara haram.
Menurut polis, ini membolehkan sindiket jenayah menyalahgunakan identiti mereka untuk buka akaun bank.
Dalam salah satu kes, seorang individu didakwa membenarkan seorang yang tidak dikenali untuk mengawal akaun banknya, yang kemudian digunakan untuk memindahkan wang lebih dari S$500,000 hasil aktiviti jenayah.
Kesalahan membantu orang lain untuk meraih faedah daripada aktiviti jenayah di bawah Akta Rasuah, Pengedaran Dadah dan Jenayah Berat Lain (Rampasan Faedah) membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.
Mereka didapati bersalah menipu di bawah Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda atau kedua-duanya sekali.
Kesalahan memberi akses secara haram kepada kandungan komputer di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali, bagi pesalah pertama kali.
Mereka yang didapati bersalah menyerahkan kata kunci atau kod akses secara haram, berkait khidmat identiti digital nasional, berdepan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda atau kedua-duanya.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.