Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pulau Ubin bakal jadi bilik darjah di luar; beri pelajar pemahaman tentang biodiversiti, warisan negara

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 24 Jun 2023 06:23PM Dikemas Kini : 24 Jun 2023 08:41PM
SINGAPURA: Pulau Ubin tidak lama lagi akan digunakan sebagai bilik darjah di luar.

Ia akan menawarkan para pelajar tentang pemahaman lebih mendalam tentang biodiversiti dan warisan negara.

Idea tersebut dicetuskan pada Hari Ubin pada Sabtu (24 Jun), dengan lawatan melibatkan hampir 40 tenaga pengajar.

Meskipun Singapura ada reputasi sebagai bandar cemerlang, ia juga kaya dalam bidang biodiversiti.

Rekod menunjukkan terdapat lebih 7,300 jenis haiwan liar di Pulau Ubin, yang wujud sejak bergenerasi lamanya.

Menurut Lembaga Taman Negara (NParks), ia mempunyai maklumat tepat melibatkan lebih 7,300 hidupan asli yang disertakan dalam Senarai Merah Singapura.

Antara dapatan terbaru NParks ialah beberapa jenis haiwan seperti kelawar, yang semakin dipelihar dan tidak terhapus.

Maka itu, para pencinta alam kini mahu menjadikan Pulau Ubin sebagai tapak pembelajaran.

Menurut Menteri Pembangunan Negara (MND) Desmond Lee, pendidikan dan kajian penting untuk membantu penduduk lebih menghargai warisan budaya dan alam semulajadi Pulau Ubin sekali gus menyerahkan pengetahuan ini kepada generasi masa depan.

Untuk membantu tenaga pengajar, lawatan berpandu diharap dapat memberikan mereka idea bagi kelas masing-masing.

Ia bukan saja terhad kepada hidupan liar sahaja tetapi pengenalan kepada tenaga mampan.

Satu rangkaian yang menjaga kepentingan Pulau Ubin akan mengumpulkan maklum balas sebelum membentangkan sukatan pelajaran kepada Kementerian Pendidikan (MOE).
Sumber : CNA/AA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan