Skip to main content

Singapura

Pulangkan dulang makanan, pastikan meja kekal bersih boleh bantu bendung COVID-19

Lebih banyak peringatan agar orang ramai memulangkan dulang makanan dan memastikan meja-meja mereka kekal bersih.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 22 Jul 2020 06:45PM Dikemas Kini : 23 Jul 2020 08:33AM

SINGAPURA: Lebih banyak peringatan agar orang ramai memulangkan dulang makanan dan memastikan meja-meja mereka kekal bersih.

Program pulangkan dulang makanan itu adalah sebahagian daripada usaha SG Clean yang menggalak kebersihan awam, terutama di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Poster-poster dan kain rentang baru akan dipasang di 111 pusat penjaja merata Singapura tahun ini, bagi meningkatkan tanggungjawab sosial.

Ini selain peringatan yang diberikan para duta SG Clean di pusat-pusat penjaja.

Menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), kadar pemulangan dulang makanan kini adalah lebih 60 peratus, bagi pusat-pusat penjaja dan kemudahan pulangkan dulang secara automatik.

Bagi tempat-tempat kemudahan pulangkan dulang secara sukarela, kadarnya adalah 30 peratus dan lebih banyak lagi boleh dilakukan.

Menteri Negara Kanan Sekitaran dan Sumber Air, Dr Amy Khor berkata tindakan memulangkan dulang makanan dan membersihkan meja tidak akan menjejas periuk nasi para pekerja pembersihan.

Sebaliknya, ia akan membantu mereka memberikan tumpuan kepada kerja-kerja mengekalkan kebersihan awam dan memastikan keselamatan.

Sumber : CNA/HS/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita