Skip to main content

Singapura

Pulangan sebenar tahunan GIC catat tahap tertinggi sejak 2015; labur lebih banyak dalam prasarana di tengah tekanan ekonomi

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 26 Jul 2023 08:12AM Dikemas Kini : 26 Jul 2023 09:41PM
SINGAPURA: Syarikat dana milik negara, GIC mencatatkan pulangan tertingginya bagi tahun kewangan terkini sejak 2015, tetapi memberi amaran mengenai prospek "mencabar" di tengah-tengah inflasi yang meningkat dan tekanan-tekanan ekonomi yang lain.

Bagi menguruskan risiko ini, GIC akan terus memberi tumpuan kepada peluang pelaburan dengan "pulangan jangka panjang yang stabil", seperti prasarana.

Dalam laporan tahunan 2022/23 yang dikeluarkan pada Rabu (26 Jul), GIC turut mendedahkan bahawa kadar pulangan sebenar tahunan bagi tempoh 20 tahunnya mencapai 4.6 peratus bagi tahun yang berakhir pada 31 Mac. Ia meningkat daripada 4.2 peratus pada tahun kewangan sebelumnya, dan merupakan yang tertinggi sejak 2015 apabila pulangan sebenar mencecah 4.9 peratus.

GIC menarik perhatian dalam laporannya bahawa 2022 merupakan tahun yang mencabar yang dibelenggu dengan inflasi yang melambung tinggi dan pengetatan dasar kewangan yang agresif, pencerobohan Rusia ke atas Ukraine dan hubungan Amerika Syarikat-China yang semakin memburuk. Kedua-dua pasaran ekuiti dan bon diperbetulkan di tengah-tengah persekitaran pasaran yang sukar.

Portfolio yang pelbagai dan pendirian pelaburan yang lebih berhati-hati memberikannya sedikit perlindungan daripada pembetulan pasaran, menurut GIC.

Selain daripada inflasi dan risiko geopolitik yang kronik, GIC turut menyaksikan gangguan pada perniagaan yang muncul daripada peralihan kepada rejim kadar faedah yang lebih tinggi, bersama-sama dengan kemunculan Kecerdasan Buatan (AI).

PELUANG INFRASTRUKTUR

Menurut GIC, pelaburan dalam prasarana akan menyediakan peluang untuk "pulangan yang dilindungi inflasi" dan merupakan satu cara untuk menangani persekitaran yang tidak menentu.

Ini kerana beberapa aspek prasarana, seperti pendapatan sewa, adalah "berkaitan dengan inflasi", kata Ketua Pegawai Pelaburan Kumpulan GIC, Jeffrey Jaensubhakij.

Infrastruktur juga terikat dengan perkhidmatan penting seperti perbekalan, yang masih sangat diperlukan walaupun dalam kegawatan ekonomi.

GIC juga telah meningkatkan saiz portfolio prasarananya sebanyak lima kali ganda sejak 2016, dengan kadar penggunaan tahunan sebanyak AS$10 bilion (S$13.3 bilion) kepada AS$20 bilion dalam komitmen baharu setahun. Pelaburan ini sangat pelbagai dan tersebar di enam benua, menurut Encik Ang Eng Seng, Ketua Pegawai Pelaburan Prasarana GIC.

MENGENAI KEMAMPANAN, AI GENERATIF

GIC juga mengintai peluang pelaburan berkaitan kemampanan, dengan penciptaan pasukan-pasukan tertumpu dalam kelas aset.

Ini termasuk kumpulan huraian kemampanan dalam ekuiti privet yang akan meningkatkan pelaburan kepada peluang peralihan tenaga peringkat awal.

Apabila ditanya mengenai penilaian GIC tentang potensi gangguan daripada AI generatif, Encik Jaensubhakij berkata masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan bagaimana teknologi itu akan digunakan dan siapa yang akan meraih manfaat kelak.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita