Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pukul 6 orang awam dengan payung di Haig Road, lelaki ditangkap

Seorang lelaki berusia 39 tahun yang ditangkap kerana memukul sekurang-kurangnya enam orang dengan sekaki payung.

Anggaran Waktu Membaca:
Pukul 6 orang awam dengan payung di Haig Road, lelaki ditangkap

Petikan gambar dari video menunjukkan seorang lelaki menggunakan payung untuk memukul orang awam.

Diterbitkan : 22 Dec 2017 06:39PM Dikemas Kini : 22 Dec 2017 06:42PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 39 tahun yang ditangkap kerana memukul sekurang-kurangnya enam orang dengan sekaki payung.

Insiden itu berlaku berdekatan Haig Road semalam (21 Dis).

Menurut polis, pihaknya dimaklumkan mengenai seorang lelaki yang memukul orang awam dengan sekaki payung di Haig Road sekitar pukul 9.00 pagi.

Lelaki berusia 39 tahun itu kemudian ditangkap atas kesalahan melakukan gangguan di tempat awan, menurut polis.

Rakaman video yang dikirimkan kepada Mediacorp menunjukkan seorang lelaki, memakai kemeja T merah dan berseluar jean, berjalan di laluan pejalan kaki sambil memegang payung.

Mediacorp difahamkan sekurang-kurangnya enam orang dipukul oleh lelaki itu. Dua wanita berusia 48 dan 61 tahun dikejarkan ke hospital kerana cedera, menurut polis.

Wanita berusia 48 tahun itu sedang menunggu kereta sewa Grab di Haig Avenue apabila beliau tiba-tiba diserang suspek.

Mediacorp difahamkan mangsa ketiga pula dipukul di luar Pasar Haig Road. Mangsa kemudian berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.

Siasatan polis masih dijalankan.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan