PUB, UCLA, syarikat pemula Amerika bina loji penghapusan karbon dioksida terbesar di dunia di Tuas
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Equatic
SINGAPURA: Agensi air kebangsaan Singapura PUB sedang berganding bahu dengan Universiti California (UCLA) dan syarikat pemula ada kaitan dengan UCLA, untuk membina loji terbesar di dunia, yang mampu menghapuskan karbon dioksida dari air laut dan atmosfera.
Ini dilaksanakan selepas satu projek rintis bagi loji sedemikian di sini dilancarkan pada April tahun ini oleh PUB, UCLA dan Equatic, sebuah syarikat yang meneruskan usaha penyelidikan di universiti itu.
Apabila siap sepenuhnya dalam tempoh 18 bulan, loji baharu di kemudahan penyelidikan dan pembangunan PUB di Tuas itu akan dilengkapi keupayaan untuk mengeluarkan 10 tan metrik karbon dioksida sehari dari air laut dan atmosfera.
Ini 100 kali lebih banyak daripada loji sedia ada, yang dapat mengeluarkan 0.1 tan metrik karbon dioksida sehari, menurut PUB, UCLA dan Equatic dalam satu kenyataan bersama pada Selasa (27 Feb).
Satu tan metrik adalah bersamaan dengan 1,000kg.
Prasarana baharu bernilai S$26.9 juta itu yang dinamakan Equatic-1, akan diasaskan bersama oleh PUB, Yayasan Penyelidikan Kebangsaan Singapura dan Institut Pengurusan Karbon UCLA.
Menurut Bank Dunia, purata pelepasan karbon tahunan global per kapita pada 2020 adalah kira-kira 4.3 tan metrik.
Ini bermakna pada skala penuh, Equatic-1 boleh mengeluarkan karbon diaoksida sebanyak yang dikeluarkan hampir 850 orang setiap tahun.
Apabila loji itu sudah memenuhi matlamat demonstrasi teknikalnya, Equatic akan meningkatkan dan mengkomersilkan teknologi di seluruh dunia, dengan loji-loji yang direka untuk mengeluarkan hampir 110,000 tan metrik karbon dioksida setahun - bersamaan dengan pelepasan karbon tahunan lebih 25,000 individu.
Mediacorp difahamkan bahawa loji sedia ada akan dihapuskan dan loji baharu tersebut akan dibina di tempatnya.
Equatic merupakan syarikat permula yang berpangkalan di Los Angeles, California dan diasaskan pada 2021 oleh Gaurav N Sant, pengarah Institut Pengurusan Karbon UCLA.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.