PUB tingkatkan pemantauan rangkaian paip air selepas kejadian cuaca ekstrem: Grace Fu
Agensi air negara (PUB) meningkatkan pemantauan rangkaian paip air menyusuli beberapa kejadian cuaca ekstrem.

Trak air dikerahkan ke 49 Dorset Road selepas kebocoran paip menyebabkan bekalan air terputus selama beberapa jam pada 1 Sep 2024. (Gambar: PUB)
Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu berkongsi perkembangan itu dalam jawapan bertulis kepada soalan parlimen mengenai kejadian paip bocor.
PUB turut mengumumkan jumlah kejadian sedemikian kekal stabil sepanjang tiga tahun lalu dari 2022 hingga 2024.
Ini selepas 1,500 alat pengesan kebocoran dipasang di sepanjang rangkaian paip air Singapura.
Pada tahun lalu, PUB membaiki 267 kejadian paip bocor atau 4.5 insiden bagi setiap jarak 100 kilometer paip setiap tahun.
Ia lebih baik berbanding 5.7 kejadian paip bocor bagi setiap jarak 100 kilometer sedekad lalu.
Kurang 10 peratus daripada kes sedemikian menyebabkan gangguan bekalan air kepada keluarga dan perniagaan.
Dalam kes sedemikian, PUB akan menutup kawasan terjejas sebelum meneruskan dengan kerja-kerja pembaikan pada sebelah malam supaya tidak menganggu orang ramai.
Kemas kini secara kerap serta bekalan air sementara turut disediakan.
Dalam usaha menangani insiden cuaca ekstrem, PUB telah mendapatkan kajian dijalankan untuk menilai kestabilan cerun bersebelahan dengan laluan air utama.
Cik Fu juga menambah bahawa apabila PUB dimaklumkan mengenai kejadian pergerakan tanah disebabkan cuaca, tinjauan tambahan mengesan kebocoran paip di sekitar kawasan itu akan dijalankan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.