Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PUB siasat jika kerja-kerja binaan punca banjir di simpang Pasir Ris-Tampines

Agensi air negara PUB sedang menyiasat jika banjir di simpang Tampines Avenue 10 dan Pasir Ris Drive 12 semasa hujan lebat pagi tadi (20 Ogos) berpunca daripada kerja-kerja binaan.

Anggaran Waktu Membaca:
PUB siasat jika kerja-kerja binaan punca banjir di simpang Pasir Ris-Tampines

Sekitar banjir kilat di Pasir Ris Drive 12 menghala ke TPE pada pagi 20 Ogos. (Gambar-gambar: Jab/Facebook)

Diterbitkan : 20 Aug 2021 08:15PM Dikemas Kini : 20 Aug 2021 08:17PM

SINGAPURA: Agensi air negara PUB sedang menyiasat jika banjir di simpang Tampines Avenue 10 dan Pasir Ris Drive 12 semasa hujan lebat pagi tadi (20 Ogos) berpunca daripada kerja-kerja binaan.

Menurut PUB, tempat berkenaan bukan kawasan rendah atau sering mengalami banjir.

Siasatan itu bagi memastikan jika sebarang kerja binaan di kawasan tersebut menyebabkan longkangnya tersumbat, kata agensi itu dalam satu catatan Facebook.

Sekurang-kurangnya 13 kenderaan ditenggalami air bah di simpang Tampines Avenue 10 dan Pasir Ris Drive 12 menghala ke TPE pada 7.58 pagi.

Menurut PUB, paras air surut pada 9.40 pagi.

"Pasukan Tindak Balas PUB segera dikerahkan ke tempat kejadian untuk memberi bantuan kepada pemandu dan pejalan kaki terjejas, bersama dengan pegawai dari LTA, SCDF dan Polis," katanya.

Dalam kejadian tersebut lima orang terpaksa diselamatkan pasukan SCDF setelah sebahagian kenderaan mereka ditenggelami air.

Seorang daripada mereka dibawa ke Hospital Besar Changi kerana sakit kaki.

Sembilan perkhidmatan bas SBS pula terpaksa dilencongkan daripada laluan biasanya.

HUJAN LEBAT DI HOUGANG, CHOA CHU KANG

Agensi Sekitaran Kebangsaan Nasional (NEA) dalam catatan Facebook berasingan menyatakan hujan lebat dan sederhana berlaku di merata negara sejak pukul 5 pagi tadi. Hujan paling lebat dilaporkan di bahagian tengah, utara dan timur Singapura.

Menurutnya, hujan berserta guruh boleh dijangkakan sehingga hujung bulan ini antara pagi dan awal petang.

"Hujan berserta guruh itu disebabkan angin yang bertiup dari selatan dan barat, barat laut yang berkumpul di Singapura," kata NEA dalam catatan di Facebook.

Jumlah hujan harian paling banyak dicatatkan setakat 1 tengah hari pada Jumaat ialah 112.1mm, 111mm dan 107.8mm di Hougang, Choa Chu Kang dan Paya Lebar.

Ini diikuti Pasir Ris yang mencatat 105.2mm hujan dan 103.6mm di Ang Mo Kio.

Jumlah hujan harian paling banyak keseluruhannya bagi Ogos dicatat di Sentosa, sebanyak 121.8 mm pada Khamis.

Sehingga1 tengah hari tadi, hujan paling banyak dicatatkan selama 60 minit ialah di Choa Chu Kang sebanyak 95.8 mm, kata NEA.

"Sebagai perbandingan, sebanyak 147 mm hujan dicatatkan dalam tempoh 60 minit pada 2 November 1995," tambahnya.

Suhu paling rendah dicatatkan pada pagi Jumaat pula ialah 21.9 darjah Selsius di Changi, Pulau Ubin dan Woodlands. 

Sumber : CNA/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan