Skip to main content

Singapura

PUB siasat cecair hitam di terusan Potong Pasir

Agensi air negara (PUB) menyatakan hari ini (20 Jan) bahawa ia sedang menyiasat cecair hitam yang dikesan di sebuah terusan di Potong Pasir.

Anggaran Waktu Membaca:
PUB siasat cecair hitam di terusan Potong Pasir

Cecair hitam dikesan di saliran longkang di Potong Pasir Ave 1. (Gambar: Adam Teeoo/Facebook)

Diterbitkan : 20 Jan 2019 08:37PM Dikemas Kini : 20 Jan 2019 08:42PM

SINGAPURA: Agensi air negara (PUB) menyatakan hari ini (20 Jan) bahawa ia sedang menyiasat cecair hitam yang dikesan di sebuah terusan di Potong Pasir.

"PUB menerima aduan mengenai bahan hitam di saliran longkang di Potong Pasir Avenue 1 pada pukul 10.20 pagi 19 Januari 2019," menurut jurucakap PUB sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp.

Rakaman video yang dimuat naik oleh pengguna Facebook Adam Teeoo menunjukkan cecair hitam mengalir ke dalam terusan itu.

Para pegawai PUB dan kontraktor dengan segera ke lokasi itu bagi menjalankan siasatan, tambah jurucakap berkenaan.

Bagaimanapun, tiada sebarang bahan hitam ditemui kerana dipercayai menjadi cair apabila bercampur dengan air di terusan berkenaan, tambahnya.

"Alat sensor mutu air online dan bacaan mutu air di lokasi itu menunjukkan bahawa mutu air berada pada paras normal."

"Kami akan terus memantau mutu air dengan teliti sepanjang beberapa hari akan datang," katanya.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita