PUB perkenal program ganti peralatan air kurang cekap flat 1 hingga 3 bilik
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kelengkapan air yang kurang berkesan di flat-flat satu hingga tiga bilik akan digantikan dengan yang lebih berkesan, di bawah program baharu untuk mengurangkan penggunaan air, menurut Agensi Air Negara (PUB).
Butiran lanjut mengenai program itu akan diumumkan pada tarikh kemudian.
Di bawah program itu, semua majlis bandaran akan menggunakan alat pencuci bertekanan tinggi untuk membersihkan tempat-tempat awam dalam masa dua tahun akan datang.
PUB menganggarkan alat baharu itu kira-kira 20 peratus lebih cekap berbanding alat pencuci biasa.
Ia juga berupaya menjimatkan sehingga 2.5 juta gelen air setiap hari, iaitu serupa dengan empat kolam renang saiz Olimpik.
Usaha penjimatan air itu diumumkan sebagai sebahagian daripada Kempen Jimat Air tahunan, yang dilancarkan pada bulan ini sempena sambutan Hari Air Sedunia Singapura.
"Sedang kita meraikan pencapaian dalam Kisah Air kita, kita tidak boleh berpuas hati.
"Kita harus terus mengukuhkan daya tahan kita, terutamanya di tengah-tengah kenaikan suhu, musim panas yang berpanjangan dan hujan tidak menentu disebabkan perubahan iklim," kata Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong.

Sumber : CNA/NY/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.